Sudah jatuh tersembam lagi... 

Rakyat memberi undi swing kepada BN walaupun isu mahkamah umno didendangkan, isu RM100juta permohonan najib digemburkan. Tetapi rakyat melaka tetap kembali memilih BN dengan memberi undi majoriti. 

PH
- Bersekongkol dengan idris haron menjadikan salah satu faktor besar. PH tiada krediabiliti calon dan terpaksa menerima calon tendangan umno. 
- Kegagalan tadbir urus semasa 22bulan memerintah telah memberi signal kepada rakyat terutama melayu. Contoh mudah, LGBT dijulang dan tiada tindakan tegas. 
- Anwar.... Blurrrr

PN 
- Kegagalan menteri PAS dalam pentadbiran sekarang. 
- Kegagalan menteri Bersatu mengawal covid19 pada tahun lepas telah memberi signal kepada rakyat. Mereka lemah mentadbir. 
- Kegagalan menangkap semua kluster mahkamah umno. Memberi signal kepada rakyat, apakah mereka benar bersalah atau hanya retorik politik. 

BN
- Walaupun dilanda isu kepimpinan mahkamah, geng najib, tembakan rasuah, tetapi tiada satu pun pemimpin umno yang ditangkap, ditahan dna dijatuhkan hukuman. 
- MOU PH-BN telah memberi impak positif kepada BN. Dimana PH hanya berretorik politim semata-mata dan menerima suapan walaupun mulut kekal terlolong seolah pejuang rakyat. 

Result ini mungkin memberi signal kepada berakhirnya muafakat nasional. 

Kegagalan YB bersatu dan PAS menonjol sebagai menteri terbaik akan memberi kesan lebih teruk sekiranya parlimen dibubarkan dalam masa terdekat. 

Kami menjangkakan BN akan membubarkan parlimen pada tahun hadapan sekiranya PRN sarawak juga memberi impak positif kepada BN.