PAS Keciwa Sama Umenooo... Hahahahaha

PAS berasa sedikit kecewa apabila usaha merundingkan kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka gagal sekali gus memaksa mereka bertembung dengan Umno di tujuh kerusi.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata usaha rundingan itu memang mengambil masa yang panjang dengan menunjukkan hasil positif pada peringkat awal.

Namun pada akhirnya kata Tuan Ibrahim BN kekal mahu bertanding di semua kerusi.

"Bagi kami rasa sedikit kecewa (kerana) usaha penyatuan itu gagal pada hujungnya, tetapi Melaka bukan medan kita," katanya ketika ditemui media di Kuala Terengganu hari ini.

Menteri kabinet itu berkata demikian ketika ditanya berhubung pertembungan kerusi yang dijangka membabitkan calon PAS dan Umno di tujuh kerusi dalam PRN Melaka.

Andaian itu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan Umno-BN serta Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Terdahulu, PAS melalui PN diumumkan bertanding di lapan kerusi iaitu dewan undangan negeri (DUN) Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Bukit Katil, Duyong, Serkam, Kelebang dan Merlimau. 

Kerana tidak didaftarkan

Sebagai rekod Umno merupakan penyandang di tujuh kerusi tersebut kecuali DUN Bukit Katil yang dimenangi Amanah dalam PRU ke-14 yang diadakan pada 2018.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim menyifatkan pertembungan dengan Umno - yang menjadi rakan PAS melalui Muafakat Nasional - sebagai situasi yang terpaksa dihadapi.

"Sebenarnya pada peringkat awal kita runding supaya kita mengelak (bertembung), kalau kita dapat kompromi kerusi. Tetapi oleh kerana Umno buat keputusan untuk bertanding semua menyebabkan kita tiada pilihan.

"Ya (terpaksa), sebab Umno akan tanding semua kerusi. Jadi pada masa itu tak ada kompromi untuk kita melihat mana-mana kerusi diagih (runding).

"Kalau sekiranya kita runding dan ada kerusi Umno tak bertanding mungkin tidak ada pertembungan," jelasnya yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian.

Dalam perkembangan berkaitan Tuan Ibrahim berkata kerjasama Muafakat Nasional bersama Umno bukan sebagai parti politik kerana ia tidak didaftarkan berbanding PN.

"Kami dalam MN (adalah) medan besar untuk muafakat besar yang bukan sekadar (untuk) pilihan raya (tetapi) gagasan penyatuan ummah, sebab itu PAS bertanding di bawah PN kerana sudah berdaftar," ujarnya.

Malaysiakini

Post a Comment

5 Comments

  1. setelah berusaha kemudian bertawakal itu sikap orang beriman

    ReplyDelete
  2. Perjanjian asal adalah dgn MN.
    Kesetiaan kena dijaga.
    Nak meneruskan kerjasama dgn bersatu kerana terbalas budi kena fikirkan jangka masa panjang.
    Selama dlm pn ketika pm8 semua keputusan besar tiada perundingan bersama pas atau umno/bn.
    Penentuan keputusan penting hanya antara mereka sahaja di kalangan pemimpin bersatu.Fakta.
    Jelas pas/umno dlm pn ketika itu hanya sebagai pelengkap kepada kekuasaan mrk sahaja.

    Harap pru15 nanti pas akan kekalkan prinsip utk bersama dgn MN dan menolak bersatu tanpa kompromi.

    ReplyDelete
  3. Pas tak ada kekuatan di melaka, tapi nak tumpang kekuatan umno utk menang kerusi secara mudah. Tapi di kelantan dan terengganu, pas tak mahu share dgn rakan perikatan mrk!!! Siapa akan percaya dgn perangai pas begini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar....
      Tempat mereka jangan ditanya hal pembahagian kerusi...
      Silap2 haribulan boleh bergaduh besar dan akan keluar fatwa baru...

      Penyelesaian paling mudah biar berlawan semua tempat. Rasa nak tubuh kerajaan nanti pandai2lah buat perundingan dan perjanjian.

      Delete
    2. sekarang deris harun dah jadi PH... apa cerrr?

      Delete