Royalti Kelantan - Rompakan Sahabat ?

Semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah, menteri kewangan ketika itu mengiktiraf pemberian royalti minyak secara terus kepada Terengganu dan Kelantan mengikut formula yang dipersetujui dahulu.

Balasan kepada sikap baik kerajaan PH ketika itu bagaimana pun dibalas dengan tuba.

PAS yang memerintah Terengganu dan Kelantan mengejar ghanimah perang yang lebih lumayan dan berpakat dengan Umno dan Bersatu untuk menjatuhkan kerajaan.

Sekarang menteri kewangan menyatakan tiada lagi bayaran royalti tetapi hanya wang ehsan kepada Kelantan.

Kasihan PAS, akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Itulah orang tua dah kata, orang tamak selalu rugi.

Saya tidak hairan tindakan Umno dalam isu ini kerana wang RM10 juta diberi kerajaan pusat kepada Terengganu semasa awal krisis Covid langsung tidak dikongsi dengan Umno Terengganu, sehinggalah Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad Said membuat aduan rasmi.

Walaupun Umno memegang 10 daripada 32 DUN dalam kerajaan bersama Terengganu, satu kerusi exco pun tidak diberi kepada Umno.

Begitu jugalah pelantikan GLC, Adun Umno diketepikan.

Menteri Besar Terengganu tidak mengambil kisah rakan sama kerajaan negeri daripada Umno kerana terlalu sibuk melayan ahli korporat luar Terengganu yang kaya.

Jadi apa nak dihairankan tentang penarikan semula royalti oleh kerajaan pusat Umno? PAS memang tak reti berkongsi dengan kawan.

Agak aneh dan lucu idea timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mencadangkan jawatankuasa khas Putrajaya dan Kelantan ditubuhkan bagi membincangkan isu royalti.

Ini memandangkan PAS mempunyai beberapa menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan!

Tidak ada jawatankuasa khas pun masa nak tumbangkan kerajaan PH tapi boleh berjaya!

Fikirlah wahai PAS, kerajaan PH memberi royalti terus kepada Terengganu dan Kelantan tanpa apa-apa rundingan atau tawar-menawar.

PH memberi hak sebenar dengan ikhlas kepada negeri yang 97% penduduknya Melayu Islam.

PAS berada dalam kedua-dua kolam Melayu-Islam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN). Tiada DAP pun hendak "sabotaj" dalam kedua-dua kolam tersebut.

Takkanlah tiga parti besar terulung Melayu Islam mahu mengkhianati satu sama lain dalam isu wang lumayan daripada hasil minyak?

Kerajaan PH telah memberi hak royalti yang sepatutnya kepada negeri-negeri PAS, tetapi sebagai terima kasih PAS bersekongkol menjatuhkan dan mengkhianati budi PH.

Kasihan PAS yang bersama Umno dan Bersatu merampas Putrajaya daripada PH, kini hak wang royalti telah dirampas oleh kawan sendiri!

Inikah caranya gagasan kerajaan Melayu-Islam terbesar bermuafakat?

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH 
Pengerusi Amanah Terengganu.

Post a Comment

6 Comments

  1. Memang kena dah!

    Si penyangak jual si penunggang agama!

    Apa salahnya ?? Kah kah kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semburit mengkhianati pendubur.

      Apa salahnya....kihkihkih

      Delete
    2. relax der.. semburit ada dlm dua2 pakatan... apa cerr

      Delete
  2. Tp semburit dan pendubur x kacau royalti rakyat klate. So kalo bengap xde modal tu diam2 sudah. Org pun x tau ko mmg bodoh...

    ReplyDelete
  3. Macai umno mna ada yg cerdik. Suma bengap2 belaka. Asalkan najib bg brim, bontot rosmah pun diorg sanggup jilat..

    Jgn sentap ha cai..tu fakta..keh keh keh!

    ReplyDelete