PRN Johor | Jazlan - Masyaalah Saya Tak Percaya Orang PAS

Langkah PAS Johor untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Hasni Mohammad bagi berbincang mengenai PRN dilihat sebagai usaha parti itu untuk menyelamatkan diri dan menjadi kerajaan melalui "pintu belakang", menurut Nur Jazlan Mohamed.

Nur Jazlan yang merupakan timbalan pengerusi Umno Johor berkata ini kerana PAS tahu bahawa parti itu tidak mempunyai sokongan yang kuat di negeri tersebut.

"Jadi mereka nak runding untuk dapat kerusi dan supaya Umno tolong mereka. Tapi buat apa kita nak tolong orang yang lemah?

"PAS sudah buktikan di Melaka, mereka tanding sendiri dan kalah semua kerusi.

"Umno pun dah tawarkan (ketika itu) untuk (PAS) tanding lima kerusi tapi mereka pilih nak tanding sendiri, sudahnya kalah semua. Keadaan sokongan PAS dekat Johor ini pun sama dengan Melaka, amat kurang.

"Jadi, saya lihat ia sebagai cara PAS untuk masuk pintu belakang, konon-konon nak kerjasama dengan Umno tapi tak ikhlas," 

 

Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas usaha PAS Johor untuk mengadakan pertemuan dengan Hasni.

Menurut Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin, pihaknya cuba bertemu dengan Hasni sehari selepas BN menyatakan hasrat gabungan itu untuk bergerak secara solo.

Abdullah yang dipetik portal berita rasmi PAS, Harakahdaily berkata ia bagi berbincang mengenai PRN akan datang dalam semangat Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun dia berkata pihaknya diberitahu Hasni yang juga pengerusi Umno Johor sedang sibuk.

Hari ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan parti itu hanya ditawarkan BN untuk bertanding empat kerusi dan menyifatkannya sebagai "bukan cara baik".


'Nak bincang apa lagi?'

Mengulas lanjut, Nur Jazlan secara peribadi berkata dia tidak akan bertemu dengan pimpinan PAS kerana Umno sudah lama memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional (PN).

"Saya tak akan jumpa (pimpinan PAS), sebab masya-Allah saya tak percaya orang PAS ini," katanya.

Namun, Nur Jazlan berkata terpulang kepada Hasni sama ada mahu mengadakan pertemuan itu atau pun tidak tetapi sebarang keputusan berhubung kerjasama tetap peru dibawa ke peringkat jawatankuasa Umno negeri.

"Kita tak macam PAS yang Hadi boleh buat keputusan sendiri bagi orang bawah.

"Maknanya, jika Hasni mahu buat keputusan kerjasama pun dia kena bawa ke peringkat Jawatankuasa Umno negeri dulu. Dia tidak boleh buat keputusan sendiri," katanya lagi.

Namun bagi Nur Jazlan, tiada apa lagi yang perlu dibincangkan dengan PAS memandangkan parti itu sudah menyatakan hasrat untuk kekal bekerjasama dengan PN.

"Kita pun memang dah lama buat keputusan di peringkat pusat bahawa kita tidak mahu kerjasama dengan PN.

"Sekarang nak bincang apa lagi?" soalnya lagi.

Kerajaan negeri sebelum ini diterajui Barisan Nasional (BN) dengan 28 kerusi merangkumi Umno (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam).

Kelmarin media melaporkan BN Johor bercadang untuk bertanding sendirian namun Hasni berkata keputusan muktamad berhubung perkara itu terletak pada pimpinan tertinggi di peringkat pusat.

Untuk rekod PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan selepas pentadbiran PH tumbang di Johor pada penghujung Feb 2020 lalu. Parti itu mempunyai seorang wakil dalam DUN Johor walaupun bertanding di 40 kerusi pada PRU lalu.

Post a Comment

2 Comments

  1. Walaun bingai je yg percaya pada Pas. Cer tanya macai umno atau polong belaan najib, depa caya ke kat Pas??

    Hehe
    Khalas

    ReplyDelete
  2. BERITA DARI IJN..AMIN

    SEMAKIN PULIH DAN MASUK WAD BIASA..AMIN

    WALAUNCAI SUJUD SUKUR.. AMIN

    LONG LIVE 20 LAGI.. AMIN

    KLU TAK WALAUNCAI KATA MALAYSIA TAK SELAMAT.. AMIN

    DAH MASUK WAD BIASA.. AMIN

    BOLEH SAMBUNG KERJA FITNAH.. AMIN

    FITNAH JIJIK LIDAH BERCABANG..AMIN

    BOLEH KEMPAN PRN JOHO..AMIN

    BOLE JADI PM KALI KE 3..AMIN

    MAKLUMLAH NNTI MALAYSIA TAK SELAMAT.AMIN

    NNTI PANJI HITAM TAK TIMBUL..AMIN

    PANJI ITAM LEGAM DARI TIMUR. AMIN

    TUMPU PRN JOHOR LINGKUP BARUA DAP@LEE KWAN YEW.. AMIN

    KENSEL PRK LANGKAWI


    KHALAS..


    KAH KAH KAH...

    ReplyDelete