Bagaimana proses pemilihan bagi jawatan tertinggi dalam kerajaan dibuat, adakah ia dipilih secara demokrasi ataupun pemilihan hanya melalui prestasi yang dirasakan oleh mereka tertentu untuk diangkat sebagai pegawai tertinggi kerajaan. 

Sekiranya, jawatan menteri daripada ahli politik yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat.. Jawatan tertinggi kerajaan juga mestilah melalui proses undian daripada kalangan penjawat awam. 

Telusnya pucuk kepimpinan utama, maka dibawahnya pasti akan telus. 

Jawatan juga perlu dihadkan paling lama tidak lebih 5tahun dan tidak lagi boleh memegang jawatan tertinggi kerajaan di mana-mana jabatan sekalipun. 

Pengundi (penjawat awam) boleh mengusul memorandum pemilihan semula dibuat sekiranya didapati mana-mana pegawai tertinggi tertuduh isu melibatkan rasuah dan ketidakpatuhan sebagai penjawat awam. 

Sekiranya perkara ini berlaku, kita mungkin akan dapat lihat tiada lagi budaya mengampu pegawai tertinggi. Malah, mereka yang dilantik akan berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kemajuan negara. 

Perkara ini memang sukar dilakukan tapi tidak mustahil boleh dilakukan demi memastikan negara berjaya mengekang rasuah berprofil tinggi.