Bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjawab 47 pertuduhan yang dihadapinya membabitkan pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi esok.
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, 69, semasa dihubungi berkata, anak guamnya akan menjadi saksi pembelaan pertama memberi keterangan esok.
Kes itu telah ditetapkan pada sembilan pagi di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.
Mahkamah sebelum ini menetapkan 39 hari untuk mendengar kes pembelaan, bermula pada 13 dan 15 April, 23-26 Mei, 27-30 Jun, 1, 4-7 Julai, 22, 23, 29 dan 30 Ogos, 19-22 Sept serta 26-29 Sept, 17-20 dan 31 Okt dan 1-3 dan 7-10 Nov.
Ahli parlimen Bagan Datuk itu memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi yang membolehkan pihak pendakwaan menyoal tertuduh semasa pemeriksaan balas.
Pada 24 Jan, Sequerah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri atas 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 untuk pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Dalam penghakimannya, Sequerah berkata pihak pendakwaan telah membuktikan semua unsur dalam kesemua pertuduhan dan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.
Pada 19 Mac 2021, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 99 saksi termasuk bekas pegawai khas Ahmad Zahid, Wan Ahmad Wan Omar, rakan kongsi firma guaman Lewis & Co B. Muralidharan, pengurup wang Omar Ali Abdullah dan bekas setiausaha eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.
Perbicaraan bermula pada 18 Nov 2019.
Bagi pertuduhan CBT, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, pemindahan wang ke firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016. Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Ahmad Zahid juga didakwa dengan lapan pertuduhan menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri ketika itu bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport, dan dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa migran, masing-masing di Pakistan dan Nepal.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016, dan 15 Mac 2018. Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Ahmad Zahid juga berdepan dengan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit 88, 179 Jalan Bukit Bintang, di Kuala Lumpur, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.
-Bernama
1 Comments
Yang kebal bukan Zeti dan Taufik Ayman bila bila masa boleh kutip, tapi pihak kartel mafia yang melindunginya
ReplyDeleteMahkamah Amerika mendahului hukuman sebaliknya mahkamah di Malaysia masih terkontang kanting tidak buat apa apa tindakan pada semua yang terlibat.
PDRM SPRM AG dll tido makan gaji buta. Mungkin terlampau kekenyangan. Sangat Memalukan..!!
Mahkamah di Amerika Syarikat telah menjatuhkan hukuman terhadap Roger Ng Chong Hwa.
Rakyat tentu sudah boleh berfikir, kenapa suami dan Zeti Akhtar Aziz sendiri masih belum didakwa dakwa lagi. Semua tahu siapa yang sangat takut Zeti didakwa.
Berbalik kepada topik kenapa Zeti masih kebal dan masih belum didakwa, jawapan nya mudah, Zeti Akhtar Aziz tidak sekebal mana, bila bila sahaja dia boleh di kutip dan didakwa.
Taufik Ayman tiada jasa pun pada negara dia sekadar proksi pencuri mewakili bini nya saja.
Setelah banyak negara hilang hormat kepada Malaysia akihat kesilapan kerajaan 22 bulan pimpinan Tun Mahathir, maka antara yang
tiada alasan untuk melengah lengahkan pendakwaan terhadap Zeti Akhtar Aziz.
Imej negara yang rosak boleh diperbaiki ada lah mendakwa Zeti Aziz dengan segera untuk meyakinkan dunia luar Malaysia tidak dikawal oleh kartel mafia tertentu. Itu pun jika negara masih ada kredibiiti dan maruah.
Mendakwa Zeti umpama mendakwa seluruh rangkaian kartel dibelakang Zeti selama ini.
Segera dakwa Zeti Akhtar Aziz demi imej dan reputasi yang sudah lunyai dibawah Tun Mahathir oleh kerajaan Pakatan Harapan
Kes membabitkan Zeti Akhtar Aziz terlalu ‘straight forward’ dan kerajaan Singapura sudah pun memberi maklumat lengkap mengenainya.
Kerajaan Malaysia tidak boleh melambat lambatkan pendakwaan kerana kes yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah di’execute’ dengan sepantas kilat
Negara kita sedang mengalami defisit kepercayaan kerana banyak kesilapan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir.
Antara nya, pembatalan perjanjian bertulis Bersama negara China, Singapura dan Saudi Arabia.
Ini sangat memalukan negara dan negara tidak dirpercayai oleh pelabur kerana perkara perkara ini.
Beberapa negara luar telah pun “write off” Malaysia dari senarai pelaburan mereka. Mereka tidak mahu ambil risiko melabur di Malaysia. Kesemua mereka lari kenegara jiran.
Dakwa Zeti Aziz demi reputasi dan integriti negara yang sudah rosak. Kes berkaitan bekas Gabenor telah terlalu lama dalam siasatan. Agensi Penguatkuasa pula tidor mungkin terlampau kenyang..!!
Zeti dan Taufeq Aymen masih belum didakwa lagi setelah bertahun tahun membuat siasatan , maka kesimpulan telah pun dibuat oleh rakyat berkenaan siapa yang melindungi Zeti dan keluarga dan kenapa “yang melindung” cemas terdesak takut kes dibuka.
Malaysia perlu imej yang baik sebelum 'judgment day' di PRU 15 bagi membendung kerosakan terutama sistem penghakiman dan penguatkuasaan.
KHALAS