Ticker

6/recent/ticker-posts

Beri Hadiah Jam Tangan Mewah & Duit RM100k Pada Guan Eng, Kata Pengarah Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd





Lim Guan Eng kini dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk meminta bahagian 10% daripada keuntungan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang dan menerima RM3.3 juta sebagai sogokan.

Saksi utama dalam perbicaraan rasuah projek terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau memberikan jam tangan mewah buatan Switzerland kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang itu sempena hari lahirnya untuk memastikan projek tersebut berjalan lancar.

Pengarah Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata, beliau bertemu Lim di bangunan Komtar pada Disember 2015 untuk memberi jam tangan jenama Maurice Lacroix serta wang tunai RM100,000 dalam sampul surat.

“Lim memberikan kembali sampul putih itu kepada saya. Hanya jam tangan jenama Maurice Lacroix diterima olehnya.

“(Beliau) kelihatan gembira menerimanya,” kata Zarul.

Post a Comment

1 Comments