Pemilik nama lengkap Hasmiza Othman itu memaklumkan a.k.a Dato Vida, sebagai seorang wanita yang sudah berusia, dia tidak berniat untuk mencipta kontoversi namun ternyata, apa yang ditonjolkan dalam media sosial mudah membuat khalayak terkesan.
“Itu cara saya tayang kekayaan ‘aset’ selain duit. Mempunyai punggung yang cantik sebenarnya aset juga.
“Terpulang orang punya penerimaan tapi kita walaupun sudah berumur tak bermakna, tak boleh tayang aset kita, lagi pun itu video kita bergurau dengan rakan-rakan kita yang rapat,”
“Ada duit tak guna kalau kendur sini sana. Saya bukan jahil tentang agama tapi tolonglah jangan pandang negatif sahaja. Sikit-sikit nak kecam saya.
“Bergurau dengan rakan-rakan sahaja bukannya saya berjoget terkinja-kinja pun. Ada orang beri nasihat, saya terima dan kita belajar sama-sama kesilapan yang telah terjadi,” ujarnya.
Kontroversi yang turut melibatkan tiga figura sensasi lain iaitu Ifa Raziah, Kak KM dan Cheta Pot Pet berkenaan turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin yang menyifatkan penularan video tepuk punggung sebagai tindakan yang memalukan.
– KOSMO! ONLINE
1 Comments
Sebab punggungnya lebih berselera drp mukanya!!
ReplyDelete