Pembedahan Bariatik - Chef Zam Tidak Lagi Makan Ubat Darah Tinggi & Kolestrol



Cef terkenal, Datuk Zamzani Abdul Wahab atau cef Zam menyifatkan tindakan melakukan pembedahan bariatrik 15 tahun lalu sebagai keputusan terbaik yang pernah diambil dalam hidupnya.

Katanya, selain turun berat badan, banyak manfaat lain yang dinikmati, termasuklah kebaikan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang.

“Saya antara individu pertama yang melakukannya kerana obesiti. Kaedah yang dilakukan adalah pintasan. Kos dibelanjakan sekitar RM18,000 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Sebelum itu berat saya mencecah 136 kilogram (kg). 10 hari lepas dibedah, berat hilang sebanyak 8 kg. Sekarang berat saya antara 78 atau 79 kg. Berat hilang sebanyak 58 kg.

“Saya gembira dengan keputusan yang saya ambil. Sekarang sudah tidak perlu mengambil ubat-ubatan darah tinggi dan kolesterol. Badan juga lebih ringan dan mudah untuk membeli pakaian,” katanya.

“Memanglah kosnya mahal. Mencecah antara RM32,000 hingga RM36,000.vNamun bayangkan, kos untuk membeli ubat darah tinggi dan kolesterol jauh lebih mahal.

“Bacaan darah tinggi saya di tahap baik. Begitu juga tahap kolesterol saya, memuaskan. Sudah tak perlu ambil ubat. Bergerak juga mudah,”

Chef Zam menyarankan sesiapa yang berdepan masalah obesiti agar mempertimbangkan prosedur bariatrik untuk kesihatan mereka.

Utusan

Post a Comment

0 Comments