Antara PH, PN & BN - Seronok Tak Pengundi BN Sekarang?




KERAJAAN KAPITALIS

Zaman Atok, untuk tambah pendapatan negara, ini yang dibuat: 

✅ Menteri Kabinet potong Gaji dan Elaun bulan pertama memerintah 

✅ PH kenakan cukai lebih tinggi kepada golongan kayangan T20 hingga ke 30%

✅ PH kenakan cukai durian runtuh kepada Kapitalis yang buat untung besaran2 

✅ PH rendahkan kadar cukai untuk PKS/SME 

✅ PH juga kenakan cukai hartanah CKHT lebih tinggi (target kepada T20) 

⬇️ PH juga menerima tamparan hebat apabila GST ditiadakan. Hilang RM45 billion cukai yang dikutip daripada rakyat pada zaman Najib. Mereka hanya boleh kutip RM28 billion saja melalui SST.

⬇️ PH juga turunkan bilangan cabutan judi dari 22 kali ke 8 kali. Sebabnya taknak rakyat jadi tahi judi. Makanya, cukai daripada judi juga turun sebanyak RM3 bilion ringgit. 

Punya banyak polisi yang mendahului Rakyat, bukan kapitalis. Tapi yang dipropagandakan Zaman PH Rakyat merana 😂😂😂

Datang seorang ex-PM, lagaknya pandai, nak diajarnya PM sekarang. 

Takde pulak dia mintak PM potong gaji Menteri. Yang dia mintak:

❌ Naikkan harga petrol untuk golongan marhein, sebab dia taknak T20 salah guna. Yang ni lawak😂😂😂

❌ Mintak rakyat keluar duit KWSP sendiri untuk tampung belanja ketika pandemik. 

❌ Tarik subsidi minyak dan buat apungan harga, harga barang2 naik tu belakang cerita. 

❌ Buatlah GST sekarang, nanti rakyat senang 😂😂

Dia tak sedar diri, masa zaman GST dialah inflasi paling tinggi. 

Nanti macai dia jawab, zaman dia, dia bagi BRIM. Ok what?! 

Cai oiii, setakat BRIM RM100 sebulan, apa yang nak dibuat makan? 

Zaman sekarang RM100 bukan setakat tak cukup satu troli, nak beli minyak masak 2 botol pun tak cukup la…. 

Makanya, nilaikan mana satu Kerajaan Kapitalis. Mana satu Kerajaan Rakyat?

Nota kaki: Minyak masak sekarang dah cecah RM50 sebotol berbanding RM20 dulu. Cai suka la, ada peningkatan “30 henggek” di situ 😂😂😂

Post a Comment

1 Comments

  1. memberi pendapat tu tak salah tapi mengapi2kan suatu issue and mengadakan tunjuk perasaan konon sebab itu sebab ini lah sebenarnya dia orang yang terlebih bodoh antara yang bodoh2 dan bersikap tunjuk lebih pandai padahal mereka lah antara penyebab yang berlaku kesusahan sekarang ini akibat dari kerakusan ketamakkan dan kegilaan kuasa dan padahal mereka tahu semua angkara sikap kebodohan mereka,
    tidak memihak tapi terbuka untuk dibahas
    https://www.malaysia-today.net/2022/07/03/bukan-salah-ismail-sabri-peperangan-telah-menyebabkan-inflasi-dan-dunia-bankrup/

    ReplyDelete