Seorang wanita tergamam melihat anak saudaranya sudah kaku di atas lantai ketika ke rumah mangsa, di Taman Bukit Tropika Yong Peng, di sini, semalam.
Wanita itu yang enggan dikenali berkata, dia ke rumah berkenaan pada 4 petang, selepas jiran kakaknya menghubunginya.
[Rentetan Isu : Sadis! Budak Perempuan 11 Tahun... Tali Terjerat Pada Leher ! 😱 ]
"Sebaik tiba saya nampak muka anak saudara berlumuran darah, manakala badannya sudah sejuk.
"Saya ada tanya kakak, dia tahu tak anaknya sudah meninggal dunia.
"Namun, kakak beritahu dia bergaduh dengan anaknya," katanya ketika ditemui lokasi kejadian hari ini.
Katanya, dia terus menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan, namun pasukan kesihatan memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia kira-kira dua jam.
"Kami masih terkejut dengan kejadian ini dan menyerahkan kes itu sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ibu mangsa berusia 34 tahun menghubungi pihak polis menyatakan anaknya meninggal dunia akibat menggantungkan diri.
Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan pihak polis di tempat kanak-kanak itu dikatakan menggantung diri mendapati ia tidak boleh menyebabkan mangsa maut.
Katanya, timbul keraguan terhadap keadaan mayat mangsa dengan kenyataan yang diberikan oleh ibu mangsa.
Kesan jerutan di leher mangsa bukan akibat menggantung diri, tetapi dipercayai dicekik dengan wayar elektrik.Pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap suspek sama ada mengalami penyakit mental atau tidak.Keterangan saksi sudah diambil untuk mendapatkan fakta kejadian sebenar," katanya.
HarianMetro
0 Comments