Nasib Gaji Penjawat Awam, Apakah Akan Terbela?


Desakan Cuepacs yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam antara lain akan dibincang bersama Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat pada Isnin ini (1 Ogos).

Katanya perbincangan itu dijangka antara lain akan menyentuh mengenai desakan Cuepacs yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.

Adnan baru-baru ini berkata pihaknya merayu kepada kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan : 
  1. Gaji penjawat awam iaitu pelaksanaan kenaikan gaji minimum penjawat awam RM1,800
  2. Menaikkan dua tahap Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
  3. Melaksanakan sistem saraan baharu yang lebih komprehensif, adil serta saksama.
Katanya ia penting bagi meringankan beban penjawat awam terutama kumpulan pelaksana yang semakin terbeban dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Shafiq Abdullah semalam dilaporkan berkata pihaknya sudah melaksana beberapa penambahbaikan gaji penjawat awam sejak Sistem Saraan Malaysia (SSM) diperkenal pada 2002, membabitkan penetapan gaji permulaan terendah, pelarasan gaji dan penambahbaikan jadual gaji.



Post a Comment

0 Comments