Abdul Hadi Awang membayangkan PAS akan terus bersama Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15.
PAS setuju menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Abdul Hadi Awang.
Katanya, PAS pada dasarnya bersetuju menggunakan logo PN baharu, tetapi masih dalam peringkat perbincangan.
Beliau berkata, partinya juga membayangkan akan terus bersama PN dan Muafakat Nasional (MN) untuk menghadapi PRU15.
Katanya, jika MN bersama, isu penggunaan logo akan dibincangkan kemudian.
“Kita tidak berganjak dengan agenda perpaduan ummah dan kerjasama dengan MN masih diteruskan,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Mengenai pengagihan kerusi bagi PRU15, Hadi berkata:
“Walaupun tarikh PRU belum diumumkan, tetapi perbincangan termasuk persediaan menghadapi PRU sentiasa dibincang.”
FMT
0 Comments