Dalam kejadian pada pukul 4.55 petang itu, mangsa yang berusia 11 tahun ditemui dengan kesan luka pada bahagian dahi dan jerutan di leher.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, susulan kejadian itu, polis menahan ibu mangsa yang berusia 34 tahun.
Ibu mangsa berusia 34 tahun ditahan untuk membantu siasatan kerana keterangan diberikan tidak konsisten daripada saksi-saksi.Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 21 Julai untuk membantu siasatan,”katanya melalui kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.
Berdasarkan maklumat awal, mangsa merupakan anak sulung dari empat beradik, ibu mangsa merupakan suri rumah manakala bapanya difahamkan bekerja di Singapura.
Difahamkan mangsa dikatakan bermain di dalam rumah kosong itu dengan buaian yang diikat pada tangga di dalam rumah berkenaan bagaimanapun mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan sudah tidak bernyawa.
Menurut Kamarul Zaman, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan
0 Comments