Apabila Gaji Pekerja BERNAMA Dipotong?


Pekerja status kontrak, pekerja status sementara, pekerja status sambilan, pekerja status sejenak seketika dan pelbagai lagi status pekerjaan. Dengan pelbagai alasan, andaian dan ceritareka dalam memastikan pekerjaan itu ada wujud. 

Dengan keadaan ekonomi yang terumbang ambing, situasi kewangan yang dilihat tenat dan jurang antara kaya dengan miskin dilihat semakin ketara, maka golongan pertengahan melontar persoalan dalam situasi pekerjaan yang dilakukan. Apakah kewangan mereka terjamin pada masa akan datang, apakah syarikat yang mereka bertungkus lumus akan memastikan mereka terjamin pada usia tua. 

Berbeza pula pandangan bagi CEO, yang memikirkan cara kurangkan kos dan memastikan industri 4.0 dapat membantu mereka mendapat keuntungan menggila dengan kos operasi paling minima. Akhirnya... pengangguran menjadi lambakan, kehidupan pekerja menjadi semakin stress memikirkan nasib tua mereka. Mereka akan bangkit mempersoal mempertikai dalam memastikan jaminan masa depan mereka terbela. 

Solusi? Jadilah menteri.. 

Post a Comment

0 Comments