Nik Zawawi - Tiada Najib, Tiada Masalah Buat Negara



Politik negara akan tetap berjalan seperti biasa walaupun apabila Najib Razak mula menjalani hukuman penjara, kata seorang pemimpin PAS.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, bekas perdana menteri itu akan diganti oleh orang lain kerana pemimpin sentiasa silih berganti.

“Landskap politik negara berjalan seperti biasa. Pemimpin silih ganti, walaupun dia dah tak ada atau masuk penjara, orang lain akan gantikan.

“Cuma harapan saya, apabila bila orang lama bila tidak ada, generasi baru boleh jadi generasi yang satukan masyarakat di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Asia untuk Pertanian Lestari Ke-7 di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada ketiadaan Najib akan mempengaruhi keadaan politik negara.

Zawawi berkata lagi, ketiadaan Najib juga tidak menjadi masalah kepada PAS, termasuk di Pahang.

Katanya, PAS sentiasa berkembang walaupun sebelum Najib menjalani hukuman penjara.

“PAS ini waktu ada Najib kita berkembang. Kita sentiasa kembang bergerak ke hadapan. PAS satu-satunya parti yang sentiasa berkembang. Parti lain turun naik, termasuk di Pekan,” katanya.

Beliau juga enggan mengulas sama ada PAS akan meletakkan calon di Pekan pada PRU15.

“Kita tunggu pilihan raya (nanti),” katanya.

Post a Comment

0 Comments