Penjara Najib - Permulaan Tangkap, Tahan & Dakwa Semua Perasuah!!


Tubuhkan PAC semak siasat semua setiap inci peruntukan di Jabatan/Agensi Kerajaan! Heret & Dakwa penjawat awam yang menerima rasuah, bersekongkol. 

Terdapat dua bentuk kesalahan: Pertama ialah di mahkamah undang-undang, kedua adalah kesalahan pada kaca mata dan persepsi di “mahkamah pendapat umum”. Akhirnya, bekas Perdana Menteri Najib Razak didapati tetap bersalah terhadap apa yang telah dibuktikan dalam sebelum ini oleh mahkamah tertinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan. Najib, yang cuba mengetepikan sabitan akhirnya menemui hukuman dan keadilan.

Namun yang demikian, lumrah "keinginan, keinginan, keinginan” kekal. Sejauh mana Najib ingin kembali berkuasa untuk membebaskan dirinya daripada hukuman penjara 12 tahun dan denda berjumlah RM210 juta (dan empat lain yang masih belum selesai)?

Ini belum lagi mengambil kira isterinya Rosmah Mansor, yang akan menghadapi situasi sama bulan depan.

Dalam perjuangan untuk menghapuskan rasuah, iaitu jenayah yang boleh menjatuhkan seluruh negara seperti yang kita saksikan sebagai antara punca utama situasi di Sri Lanka, mahkamah pendapat umum mesti tahu bahawa mereka yang didapati bersalah terlibat dalam rasuah sudah pasti akan menghabiskan segala kekayaan yang diperolehi secara haram untuk menjalankan kempen perhubungan awam secara halus dan terselindung untuk mengekalkan imej mereka yang seolah-olah tidak bersalah.

Inilah sebabnya cendekiawan Profesor Mohd Kamal Hassan, yang menulis tentang rasuah dan kemunafikan, telah menerangkan dengan tepat punca situasi atau masalah yang dialami. Mereka yang terjebak secara dalam dalam rasuah— seperti rompakan besar-besaran iaitu sifat sebenar jenayah yang dilakukan Najib—akan terus mendakwa diri mereka sebagai mangsa penganiayaan politik.

Setakat ini, ada yang termakan umpan orang-orang seperti Najib (dan mereka yang bakal menyusulinya) bahawa mereka tidak bertanggungjawab atas dakwaan jenayah yang telah dihadapkan kepada mereka. Jika itulah yang berlaku, maka “drama” mahkamah yang telah berlanjutan ini tidak akan memberi Malaysia peluang untuk bergerak kehadapan.

Roda keadilan bukan sahaja mesti berfungsi tetapi perlu dilihat berfungsi, barulah budaya rasuah yang endemik di Malaysia akan dapat diatasi untuk mengembalikan erti sebenar kebebasan dan kemerdekaan, di mana semua rakyat yang mempunyai kesedaran akan bercita-cita untuk memenuhi dan mencapai standard tertinggi sebuah negara berdasarkan kedaulatan undang-undang.

Kesanggupan Najib untuk mengangkat sumpah mubahalah di tempat suci seperti masjid hanya beberapa hari sebelum keputusan mahkamah dijatuhkan adalah bukti bahawa dia sanggup pergi jauh dalam penyalahgunaan pegangan syariat Islam. Dalam perundangan Islam tidak ada situasi di mana seseorang boleh bersumpah (apatah lagi sumpah laknat) untuk menafikan kesalahannya.

Itulah sebabnya dalam undang-undang Islam, semua usaha wajar dilakukan untuk memastikan orang itu tidak dituduh hanya kerana fitnah niat jahat orang lain.

Demi mengekalkan kuasa keluarganya di Pahang, sebagai Ahli Parlimen Pekan Najib Razak telah lama menyiapkan anaknya untuk menggantikannya sekiranya dia dilucutkan kelayakan untuk kekal di arena politik.

Ini adalah percubaan untuk mengekalkan cengkamannya dalam pentadbiran, tidak kiralah betapa lemahpun genggamannya, mungkin melalui kedudukan anaknya dalam sistem Parlimen untuk membuat pelbagai gerakan taktikal yang boleh membersihkan kesalahannya demi mengekalkan peluang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja suatu hari nanti.

Institusi diraja Malaysia adalah pembela kesucian Islam. Sememangnya Najib dan Umno mungkin tidak sedikit pun segan menggunakan agama dan Tuhan atau memanipulasi semua sumber kuasa untuk membebaskan dirinya.

Oleh itu, institusi diraja, termasuk tentera dan polis, institusi-institusi Islam yang berada di bawah perintah institusi diraja harus diingatkan tentang kemungkinan aktiviti atau gerakan muslihat Umno pada masa akan datang.

Di sini jelas kepentingan mahkamah pendapat umum di Malaysia dan di luar negara. Tiada sesiapa, terutama mana-mana ahli tetap Majlis Keselamatan PBB dan negara anggota Asean harus dimanipulasi oleh Najib atau konco-konco dan orang-orang upahannya untuk untuk mempengaruhi mana-mana pihak agar percaya dia tidak bersalah.

Perlu diingat yang Najib, isterinya dan beberapa pihak lagi telah diberi kelonggaran sejak peringkat awal kes-kes ini, dengan beberapa saksi masih bebas.

Najib tidak harus terlepas daripada cemuhan yang datang dengan keputusan mahkamah ini. Rasuah sememangnya barah negara—kenyataan Profesor Syed Hussin Alatas yang sering dipetik oleh Ketua Pembangkang  Anwar Ibrahim.

Semua pelajar dan penjawat awam di Malaysia harus diberi amaran tentang jenayah rasuah dan akibatnya yang besar di dunia dan di akhirat. Rasuah bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Rakyat yang memperjuangkan pembaharuan, terutamanya PH, mempunyai sebab untuk bergembira dengan keputusan mahkamah terhadap Najib. Namum, perlu kita sedar bahawa haiwan yang cedera, terumatanya yang terperangkap dan terdesak, adalah yang paling berbahaya.

Perlu diingat Najib dan orang yang seumpamanya telah merasai kuasa selama kira-kira 61 tahun sebelum dijatuhkan hukuman. Mereka akan mencari jalan untuk menyerang kembali pada tahun-tahun akan datang.

Gaya politik mereka tidak akan memihak kepada reformasi seperti yang dianjurkan dan diperjuangkan oleh PH. Sebaliknya, mereka akan mengamalkan gaya politik yang keji, permusuhan dan perpecahan, serta pelbagai aktiviti memujuk orang ramai untuk mengundi mereka dan parti politik mereka demi mempertahankan diri mereka sendiri—walaupun mereka jelas melanggar undang-undang dan kesopanan moral.

Buat masa ini keputusan mahkamah terhadap Najib, walaupun amat penting, hanyalah permulaan kecil jika dibandingkan dengan tahap serius barah korupsi dan kemunafikn yang teruk melanda negara ini.

Ini hanyalah permulaan kerana usaha memerangi rasuah adalah perjalanan yang sangat panjang dan sukar terutamanya apabila ia telah menjadi cara hidup.

RAIS HUSSIN
Malaysiakini

Post a Comment

5 Comments

  1. Alhamdulillah jerung terbesar dah disumbat ke dalam penjara. Sekarang perlu dibuat pembersihan besar2an. Semua orang politik KORUP, kebanyakan daripada UMNO mesti dihantar ke penjara utk hiburkan boss mrk yg kesunyian. Ramai veteran2 ahli politik umno yg korup masih bebas dan berjawatan. Mrk mesti didakwa dan dihukum segera. Tiada masalah besar kerana bos besar mrk dah pun dihukum.

    ReplyDelete
  2. Sekor lagi jerung besar masih bebas iaitu bapak terowong ghaib. Abg long dlm phanceng. Kakinya masih di atas kepala mahacai serta rakan2 parti kecil dlm phanceng.
    Jadikan dia peneman di penjara.

    Sekor lagi atok jerung...
    Kekenyangan mendadak anak2nya.
    Jerung tua yg masih dahaga dgn harta dunia.
    Jerung yg penuh dgn skandal kewangan era 80an dan 90an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, jika benar 1 jerung drp PH masih bebas (belum didapati bersalah oleh Mahkamah), ada berpuluh mungkin ratus jerung korup drp umno/bn yg belum didakwa di luar sana. Tengok kes LCS sudah. Rafizi dah tuduh isteri menteri kabinet terlibat tetapi lambat benar tindakan drp penguasa. Sebaliknya pihak yg protes skandal tersebut diambil timdakan begitu pantas. Tak belajar drp skandal 1mdb ka?

      Delete
    2. Skandal 1mdb jelas berat sebelah. Jholow dan goldman sach jelas menipu tetapi tidak didakwa.
      Keluarga mantan gabenor dpt berjuta wang 1mdb sampai skrg masih sunyi dari sebarang pertuduhan mahkamah.
      Ada tangan ghaib yg melindungi mereka?

      Delete
  3. PAC perlu diperluaskan. Profesional sepatutnya dibenarkan menjadi ahli untuk menyiasat semua agensi kerajaan. Tidak hanya tertakluk kepada audit negara

    ReplyDelete