Tuduhan Rafizi Melibatkan Bekas Panglima Tentera Laut, LTAT, Syarikat Jerman & Najib Razak ?


Najib Razak membangkitkan persoalan sama ada Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mahu menuduhnya berpakat untuk “songlap” dana projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Bekas perdana menteri itu berkata demikian setelah memperincikan pemilikan saham subkontraktor Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED).

Katanya, syarikat itu ialah usaha sama antara anak syarikat Boustead Naval Shipyard milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)–Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC)–dan syarikat Jerman terkenal Rheinmetall Air Defence AG.

Katanya, pengarah urusan BHIC dan pengerusi jawatankuasa projek LCS pada masa itu adalah bekas panglima tentera laut Ahmad Ramli Mohd Nor.

“Syarikat BHIC juga merupakan syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia. Jadi, apa kaitan isu ini dengan saya?

“Dan adakah Rafizi tuduh bahawa bekas panglima tentera laut, LTAT dan syarikat gergasi Jerman itu berpakat dengan saya untuk songlap?” soalnya.

Menegaskan tidak pernah campur tangan dalam pemberian dan pengurusan LCS, Najib berkata dia tiada bantahan sekiranya bekas panglima Laut, Boustead dan syarikat Jerman itu disiasat.

“Saya tak ada bantahan sebab saya langsung tak terlibat,” katanya.

Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rafizi yang mengaitkannya ketika mengulas pemberian kontrak secara berlapis-lapis yang melonjakkan harga projek tiga kali ganda.

Rafizi semalam menuduh Najib mungkin mempunyai peranan menentukan reka bentuk LCS kerana rekodnya dengan DCNS melalui perjanjian kapal selam Scorpene pada awal 2000-an.

DCNS, yang dijenamakan semula sebagai  Naval Group, merupakan kontraktor Malaysia untuk dua kapal selam kelas Scorpene pada 2002, perjanjian yang kini tertakluk kepada siasatan rasmi pihak berkuasa Perancis.

Post a Comment

2 Comments

  1. Sotong kata 'mungkin' najib main peranan. Mahacai kata najib terlibat.
    Hebat mainan Penjual Harta orang Islam menabur fitnah.
    Tak tahu sempat atau tidak sotong mohon ampun atas fitnah ke atas arwah TSKI.
    Kaki kencing dah bertemu buku dgn ruas. Fakta lawan auta. Teruskan melawan hanceng!!!!

    ReplyDelete
  2. Heran, yg cdg tangguh Phanceng. Yg nak beku projek juga Phanceng.
    Skrg nak buat modal politik Phanceng.
    Apalah guna PAC yg ahlinya terdiri dari ramai yb2 Phanceng.

    Apa cerita pula dgn projek terowong ghaib penang Dapig? Bayar dah billion2. Tanah kerajaan dah lebur tapi projek sikit pon tak nampak.
    Kenapa Phanceng tak cdg tubuhkan PAC atau lapiji tolong bongkarkan?
    Adakah takut meludah ke langit?
    Atau AMAT takut dgn Dapig yg bagi makan selama ini?
    Pasal rakyat sedar kepala lapiji dan mentornya di bawah tapak kaki Dapig.
    Fakta...yb pGayR penang terkedu tak mampu bantu bangsa sendiri di penang.
    Apatah lagi lapiji dan mentornya, hanya mampu membuta mata dan membisu sejak jasa jadi anjeng Dapig mendapat pujian kaki di kepala mereka.. FAKTA!!!

    ReplyDelete