Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengakui dia pernah dipulau dalam Umno dan mendapat pandangan negatif dalam kalangan parti.
Sebagai membalas kepada laporan berita yang mendakwa dirinya keluar Umno, ahli parlimen Rembau itu menafikan dakwaan tersebut di media sosialnya.
“Saya tak suka layan berita macam ini tapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap Umno.
“Saya menang KP (ketua Pemuda) tapi tak dilantik kabinet dan dipulau, tetap Umno. Waktu kalah PRU14 dan macam-macam pendakwaaan politik, tetap Umno. Saya kalah presiden dan dipandang semacam, tetap Umno.
“Kena cari kawasan baru pun, tetap Umno. Jangan risau. Dulu, kini, selamanya,” katanya.
Laporan berhubung dakwaan tersebut dimuat naik di satu laman Youtube yang bertajuk, “KJ keluar Umno! Sah. Keputusan muktamad!! Mengejutkan Umno!!”
Laporan itu hadir ketika bekas ketua pemuda Umno itu sedang meminta mencari kerusi lain untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15, tanpa menceroboh kawasan calon lain.
Ia berikutan pendedahannya dia akan memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, yang juga ketua bahagian Rembau untuk bertanding di Rembau dan tiada kerusi pengganti untuknya setakat ini.
Khairy yang menyandang kerusi Rembau sejak 2008 berkata dalam senario terburuk, dia mungkin tidak akan bertanding PRU15.
Malaysiakini
2 Comments
Apa yg kau pejuangkan KJ? Umno tetap masih korup, dulu kini dan selamanya.
ReplyDeletePenjilat tegar mcm kj boleh join atok atau yidin.
ReplyDeleteDulu kena kecam atok masa mertua jd pm...dia senyap menikus tak bertelur.
Bila najib pm bukan main mesra dgn najib mcm bapa n anak.
Bila umno/bn tersungkur pru14 bukan main kutuk, hina dan kecam najib secara terbuka. Mcm lah dia bagus sangat.
Sebijik perangai mcm nuar. Mengata org lain demi mengangkat diri sendiri kononnya hebat sangat.
Nak tengok munafik ala pkr dlm umno...dialah antara badutnya.
Masa umno mula merangkak sehingga umno mampu berdiri semula slps pru14...mangkuk kj tahu main tulur jer. Tak nampak batang hidung.
Timbul semula dgn gaya hero movie tamil sblm angkat sumpah bersama dgn puak yidin slps langkah sheraton.Perghhhh....belum setahun bukan main puji memanjang pm yidin. Pm paling gagal hidup dgn deklarasi darurat.
Banyak lagi pemimpin lain yg lebih hebat dlm negara. Yg hipokrit dan penjilat tegar serta poyo mata stim baik jangan pilih sebagai pemimpin.
Nak naik dgn pantas sambil menikam org yg pernah bekap dia masa dikutuk atok saka memang sial dan cilaka spjg hayat.
Tolak cilaka sial tak guna nie!!!
Masa senang bukan main menjilat...masa susah lari mengecam...