Konflik Warisan PH - Untung Besar Menanti BN & GRS



Penganalisis menjangkakan Pakatan Harapan (PH) Sabah kalah teruk di negeri Borneo itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) selepas Warisan berkata ia tidak akan bekerjasama dengan pakatan pembangkang.

Lee Kuok Tiung daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, Warisan lebih kuat daripada PH Sabah, kecuali di kawasan bandar majoriti Cina yang kini didominasi oleh DAP.

PKR menjadi semakin lemah selepas PRU14 dan Amanah tidak pernah benar-benar bertapak di Sabah.

Lee berkata, persaingan empat penjuru mungkin berlaku di negeri itu jika Warisan tetap dengan keputusannya untuk bergerak solo dan Barisan Nasional (BN) Sabah gagal mencapai kata sepakat dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam keadaan sebegitu, PH akan berada dalam kedudukan paling teruk antara empat pihak itu, katanya

“Pada masa ini, Warisan, GRS dan BN kelihatan sama kuat tetapi Warisan mempunyai kelebihan jika GRS dan BN gagal bekerjasama,” 

“GRS dan BN tidak perlu tamak dalam rundingan kerusi kerana mereka tahu kekuatan dan kelemahan mereka. Paling penting, mereka tiada calon yang kuat untuk semua 25 kerusi. Oleh itu, lebih baik bagi mereka untuk bekerjasama.”

Lee juga berkata, masa PRU15 akan mempengaruhi keputusannya dengan besar. Tambahnya, beliau melihat BN semakin lemah dan PH semakin kuat di peringkat nasional.

“Di Sabah, GRS semakin hari semakin popular,” katanya.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura juga menjangkakan bahawa Warisan akan menyapu bersih kebanyakan kerusi Muslim-Bumiputera di pantai timur dan BN memenangi kerusi di bahagian barat dan pedalaman.

Beliau menjangkakan Warisan dan PH akan mendominasi persaingan di kawasan majoriti Cina. Pertembungan antara kedua-duanya boleh menguntungkan GRS atau BN, katanya.

“Bagi kerusi bukan Bumiputera Islam, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkemungkinan akan menyapu sebahagian besar kerusi pedalaman, manakala PH dan BN mungkin dapat menembusi sedikit kawasan pinggir bandar,” katanya.

PBS dan STAR ialah parti komponen GRS, bersama Bersatu Sabah, Parti Progresif Sabah dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu.

Bulan lepas, Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, parti itu sudah mengenal pasti calonnya untuk semua 25 kerusi Parlimen di Sabah, satu di Labuan dan beberapa di Semenanjung.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata, parti itu tidak mahu membuang masa lagi menjalin pakatan politik.

Sambil menzahirkan perasaan kesalnya dengan keputusan Warisan, Ketua DAP Sabah Frankie Poon berkata, pihaknya akan meneruskan usaha memperkukuh pakatan pembangkang di negeri itu.

Post a Comment

2 Comments

  1. Orang Sabah tolong fikir sikit. Jika kerana pilihan kamu UMNO/BN kembali berkuasa selepas PRU 15, KORUPSI akan terus berleluasa dan tidak dapat dibendung lagi. Terima lah saja akibatnya nanti.. Is that what you want? Sebaliknya kamu boleh bekerjasama dgn PH utk memajukan malaysia dan melawan KORUPSI!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah sekarang bukan org sabah tetapi parti sabah. Parti pembangkang sabah yang selamanya mahu menjadi pembangkang. Jadi kerajaan pun sekejap jer.

      Delete