Bila DAP mesti akan dikaitkan dengan anti melayu dan komunisme, ditambah lagi perisa anti islam. Dan kesilapan terbesar DAP adalah ketika mereka bersama PH diberi kuasa untuk memerintah dan situasi percakaran antara kaum dan agama tidak dapat dibendung. Malah PH gagal menutup mulut semua mereka yang terlibat.
Mayat abu cheepeng, perhimpunan komunisme(walaupun memang dah lama ada), icerd, LTTE dan pelbagai lagi isu yang boleh memberi impak negatif kepada industri kemelayuan negara. Ia secara tidak langsung memberi impak kepada pengundi untuk kembali mengundi PH kerana DAP.
Persoalan lain, apakah PN berjaya memerintah dengan jayanya? Apakah BN yang mendapat secebis sokongan PN berjaya memerintah dengan memberikan polisi terbaik untuk rakyat? Berapa percent penurunan harga barangan asas berjaya diturunkan? Apakah polisi pekerja semakin bagus atau pekerja akan mendapat pembelaan?
Sebab itu, pada PRU15 pada kali ini kita perlu ketepikan natijah parti. Apa yang perlu kita perhatikan adalah kebolehan calon yang diketengahkan. Apakah mereka pernah muncul memberi jasa ditempat tuan/puan. Ataupun calon tersebut hanyalah batu loncatan untuk menjadi MP. Sebab, dah sememangnya kawasan tersebut adalah mahacai maharaja macai kepada politik. Letak tikus pun mereka akan undi. Perangai sebegini kita perlu basmi dan pastikan kita mengundi bukan kerana parti tetapi kerana calon yang terbaik untuk kawasan tersebut.
Petikan Coretan : TGHH
Komunisme ialah fahaman sekular yang menolak kepercayaan kepada Tuhan. Mereka mengganas lebih melampau daripada penjajah yang beragama Kristian dan Yahudi.Komunis tidak membawa bala tentera seperti negara Barat yang menjajah, tetapi fahaman mereka menjajah pemikiran rakyat pelbagai kaum untuk direkrut sebagai bala tentera mereka.Bahayanya lebih besar daripada bala tentera penjajah Barat yang berkulit putih, kerana fahaman komunisme itu membunuh aqidah secara ekstrem.Ijtihad pemimpin kita terdahulu yang sama-sama menentang penjajah Barat, selepas itu menentang komunis pula adalah tepat kerana menentang musuh yang lebih berbahaya hendaklah diutamakan.Justeru, sebarang usaha untuk mengangkat atau membenihkan semula ideologi komunisme di tanah air kita sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh DAP sebelum ini hendaklah dicegah dan ditentang habis-habisan.
1 Comments
sejarah telah membuktikan masih ingat kah
ReplyDelete