Delarasi Bubar Parlimen Tidak Mendapat Nasihat Jemaah Menteri ?



Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago membawa kes ke mahkamah bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada menjalankan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana Ismail Sabri Yaakob, sebagai perdana menteri “caretaker”, dikatakan telah melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Santiago, yang memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini semalam, menamakan Ismail, kerajaan dan SPR sebagai responden.

Beliau mahukan deklarasi bahawa permintaan Ismail kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan bercanggah dengan Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Santiago berkata, permintaan itu tidak dibuat atas nasihat Jemaah Menteri dan oleh itu, terbatal dan tidak sah.

Pada Isnin, Ismail mengumumkan bahawa Parlimen telah dibubarkan, membuka laluan kepada PRU15 diadakan.

Ini bermakna, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan saya supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan hari ini (10 Okt),” katanya dalam perutusan khas.

Post a Comment

6 Comments

  1. Bubar parlimen atas ugutan "cartel kluster tertentu" kot..

    ReplyDelete
  2. Kata demi rakyat tapi PRU masa banjir.Politik Malaysia paling lawak

    ReplyDelete
  3. Lawak....
    Bubar salah.
    Tak bubar salah.

    Kerajaan tebuk lubanglah.
    Kerajaan pengkhianatlah.

    Senang cerita bagi balik mandat kepada rakyat.

    Bosanlah asyik kena kencing. Hancenggg dah bau serata negara nie!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu melaung tuduh pengkhianat dan meraung minta bagi balik mandat rakyat. Sekarang dah pulangkan balik mandat kepada rakyat masih juga MEROYAN.
      Tak tahu siapa sebenarnya pengkhianat rakyat.

      Delete
  4. Tengok video nuar.
    Bukan video chinadoll tu yer...hihihi

    Dlm video dia berdegar2 nak lawan pengkhianat di kawasan parlimen pemimpin yg mengkhianati partinya.

    Sekali azmin mencabar secara terbuka lalu kecut tulur anwar.

    Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah....

    Woi mahacai anwar....pujuk dan beri sikit motivasi pada ketum mu agar berani melawan azmin di mana sahaja azmin bertanding.

    Itu pun jika masih ada 2 biji tulur...
    Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

    ReplyDelete
  5. Apa kata kitorang mintak diorang buat sumpah laknat dalam bab apa sebab parlimen ni bubar ...
    naper yer tetiba Pm pigi mintak bubar setelah mesuarat bersiri mt ameno paling kerap dlm tempoh 30hari.
    dan byk cerita yg dsmail didesak pecat dari ameno kalau tak mohon bubar...
    amacam?

    ReplyDelete