Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata Ismail Sabri Yaakob tidak seharusnya menyalahkan pihak lain atas pembubaran Parlimen.
Muhyiddi merujuk kenyataan Ismail Sabri bahawa tindakan 12 menteri Kabinet PN yang mengutus surat kepada Agong agar PRU dilakukan hanya setelah musim banjir telah membawa kepada pembubaran Parlimen.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata tindakan itu hanya untuk menjaga kebajikan rakyat, memandangkan tiada perbincangan mendalam di peringkat Kabinet berkenaan pembubaran Parlimen.
"Saya fikir dia tidak boleh menyalahkan siapa yang bertanggungjawab..."Bukan dia kata dia setuju kerana ada desakan daripada sesiapa, kita minta seboleh mungkin jangan ada pilihan raya. Siapa sini suka pilihan raya masa banjir, tak ada kan,""Perdana Menteri pun walau apa-apa pun dia nak kata, tetapi dia perlu bertanggungjawab tentang apa dia dah lakukan sebab itu jangan salahkan orang, salahkan diri sendiri apa yang sudah dilakukan," katanya lagi.
Ismail Sabri semalam berkata, tindakan menteri PN yang mengutus surat itu telah mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kerajaan serta membelakangkan institusi perdana menteri,
Dia turut membangkitkan kenyataan Muhyiddin sebelum ini yang mengisytiharkan BN sebagai musuh utama PN yang telah mengundan bibit perpecahan.
Sementara itu, Muhyiddin sekali lagi membangkitkan janji antara PN dengan Ismail Sabri bahwa tarikh PRU perlu dirunding terlebih dahulu dengan gabungan itu.
"Kenapa kita minta itu, kerana kita merupakan komponen terbesar dalam kerajaan, adilkah? Ini tidak adil."Jadi bila dia tahu semua orang serang dia dari semua arah, dia kata Muhyiddin punya salah, ini menteri yang salah," katanya lagi.
1 Comments
laa.. yg desak tu geng jawa kluster mahkamah, sampai melalak dlm mesuarat mt pekekembar, sampai pecat2, dan ada yg letak jawatan, dan barua2 mereka sampai desak si mail dipecat dari pekembar,
ReplyDeletemalah juak2 geng cartel kluster mahkamah ada yg pangil si mail tu sbgai si mail lembu.
nih duk paksa si mail bohong putar cerita sbb kalau tak si mail akan digugurkan dari menjadi calun pru.
dah la tu semua orang dah tahu pun dan tidak lupa dan tidak termakan auta jawa.