"Saya minta mana-mana parti yang jadi kerajaan selepas ini tolong buang peraturan yang mana penjawat awam tak boleh mengkritik dasar dan kelemahan kerajaan."Bukan kita nak minta mereka kutuk kerajaan. Kita nak kebebasan bersuara untuk hal yang sepatutnya yang sesuai. Idea itu tidak boleh disekat. Biar orang keluar idea hujah mereka, kita balas cara ilmiah, kita hujahkan balik kalau kita tak setuju."Peraturan yang menyekat penjawat awam (daripada mengkritis dasar kerajaan) tak kira mana-mana kementerian, tak kisahlah, tolong buang. Kita jadikan negara kita benar-benar demokrasi," - Malaysiakini
Sekiranya kritik kelemahan kerajaan menjadi topik utama untuk dibahas dibuang. Ia suatu yang tidak tepat. Tetapi sekiranya perkara kritik pentadbiran dijadikan modus utama, ia mungkin boleh dilaksanakan. Tetapi mesti selari dengan KPI tahunan seseorang pegawai. Sekiranya ketua jabatan tersebut mendapat dan menerima banyak kritikan, pertikaian ketika ia memegang jawatan, ketua jabatan tersebut tidak layak untuk menilai pegawai bawahan mereka. Ini sebagai keadilan kepada pengkritik supaya tiada balas dendam berlaku.
Bukan sahaja pegawai boleh mengkritik tetapi boleh membuat referendum kutipan suara untuk pegawai atasan tersebut diturunkan atau diganti dengan pegawai yang lebih berkaliber. Ini secara tidak langsung akan menjadikan agensi jabatan kerajaan menjadi lebih cekap dengan diketuai oleh pegawai yang menjadi pilihan pegawai bawahan. Politikus juga tidak boleh sewenangnya sesebuah jabatan.
Tetapi, bolehkah ia direalisasikan?
0 Comments