Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen ke-14, memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu dalam perutusan yang disiarkan pada jam 3 petang hari ini.
Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke- 14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022.Saya mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing- masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing- masing.Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos,kata perdana menteri.Dengan pengumuman ini, mandat dikembalikan kepada rakyat, katanya lagi.
Sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya dimaklumkan mengenai pembubaran parlimen, ia akan menetapkan tarikh pilihan raya mesti diadakan sebelum 9 Dis.
6 Comments
Jom Melayu semua tolak Zahid, Kitsiang and gang.
ReplyDeleteOK..baik dan maklum. Jadi sekali ini nak pilih siapa?
Deletepilih yg baik sikit dari yg jelas buruk dari parti apa pun la sedara Pgb
DeletePemimpin yg jangan dipilih:
DeleteJangan kaki kencing. Jangan penjual harta negara dan harta org islam.
Jangan kaki rasuah.
Jangan kaki semburit.
Jangan kaki liwat.
Jangan perogol.
Jangan penunggang agama.
Paling penting tolak penyamun saka tua hidup hanya nak memewahkan anak, waris, kroni dan proksi!!!!
Angkat nuar. Minyak rm1.50 seliter.
ReplyDeleteMangkuk boleh ler diperbodohkan.....
Yidin Gagal jangan dipilih!!!
Delete