Najib Razak tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan, termasuk berkaitan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Supri Hashim.
Najib sama seperti mana-mana banduan lain yang sedang menjalani hukuman penjara, tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan.
Semua surat serta dokumen dikeluarkan juga perlu ditapis terlebih dahulu oleh pihak penjara, termasuk surat yang dihantar kepada keluarga.
Jabatan Penjara ialah jabatan kerajaan yang tidak terlibat dengan mana-mana politik dan warganya terus menggalas tanggungjawab diamanahkan tidak kira kerajaan yang memerintah.
Najib tertakluk kepada Akta Penjara dan peraturan selain prosedur operasi standard jabatan itu. Selagi Najib masih menjalani hukuman penjara, beliau tertakluk kepada akta dan peraturan penjara.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan dan hukuman ke atasnya dalam kes membabitkan dana SRC International.
2 Comments
Dekat UK Pm diaorang ada silap sikit dah kena letak jawatan belum lagi didakwa atau dipenjarakan...
ReplyDeleteKat Malaysia nih yg kuat berebut nak jadi Pm & menteri adalah mereka yg bekas banduan, banduan, orang kena dakwa, dibebaskan dakwaan secara mencurigakan, yg tak didakwa disebabkan ahem ahem ahem, jugak ada yg katanya komunis, zionis, maoist, terroris tamil, dan sebagainya.,.
Apalah nak jadi dgn Malaysia nih...
Maeh kita pakat tolak setiap calon yg berlabel negatif...tak kira dari parti manapun...
Kita masukkan kepenjara semua walaun² politikus & politipigs yang berleluasa menjarah serta merobek nilai² kesusilaan masyarakat di Malaysia.
Syabas Penjara! Apa nak ditakutkan dgn Banduan Nasional BN. Ikut undang2
ReplyDelete