Perbelanjaan mewah yang dilakukan oleh Perikatan Nasional (PN) dalam kempen PRU-15 menimbulkan tanda tanya, dari manakah dana mereka.
Penganalisis politik Bridget Welsh menerusi Twitter beliau mempersoalkan perkara itu semalam.
“PN secara terbuka telah berbelanja besar dalam kempen PRU-15. Iklan, pertandingan bolasepak, makan malam, hadiah dan banyak lagi.“Mereka bersunguh-sungguh berusaha untuk menang dengan memberikan tumpuan kepada pengundi Melayu yang sedang keliru dan pengundi muda.“Ia menimbulkan persoalan dari mana dana mereka,”
Perbelanjaan besar PN yang dianggotai oleh Bersatu, Pas dan Gerakan itu jelas kelihatan sejak sebelum pembubaran Parlimen lagi.
Semasa melancarkan PN di Kelantan misalnya, pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk motosikal serta kambing bakar disediakan untuk menarik tetamu datang.
Majlis pengenalan calon PN juga dibuat di dewan besar yang sangat mewah belanjanya.
0 Comments