Calon MP Tepis Menepis? Macam Kartunlah Korang Ni..



Hari kelima kempen pilihan raya umum ke-15 menyaksikan pertembungan dua calon dari dua parti bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus ketika berkempen di Pasar Malam Serdang, Kuala Terengganu, sebentar tadi.

Calon Pakatan Harapan (PH) Shuhaimi Hasnim dan calon Perikatan Nasional (PN) Dr Alias Razak yang secara tidak sengaja bersua muka bagi berkempen di tempat yang sama.

Kehadiran mereka di tempat yang sama itu adalah bagi beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di kawasan terbabit.

Meskipun hujan, kedua-dua calon mengambil inisiatif menyapa peniaga dan pengunjung. Selain itu, peluang untuk mengedarkan risalah parti turut direbut ketika mendekati pengundi.

Ketika Alias sedang beramah mesra dengan pengunjung, calon PAS itu didatangi calon PH untuk bersalaman dan bertanya khabar serta bergambar.

Namun, Alias dilihat agak keberatan dan segera melepaskan genggaman tangan Suhaimi yang bersalam dengannya selain dilihat menepis pelukan calon dari PH itu.

Kesal dengan tindakan itu, Suhaimi mempersoalkan mengapa Alias bertindak demikian.

"Masa hari penamaan calon (5 November) pun begitu (tak mahu bergambar sangat), tak tahu kenapa," katanya sambil berlalu pergi.

Bagaimanapun, kata-kata Suhaimi itu membuatkan penyokong PAS yang turut serta dalam kempen petang tadi berang dan membontoti Suhaimi.

"Cakap molek (elok-elok), apa cakap sedap tu," katanya berulang kali.

Pada hari penamaan calon di Parlimen Kuala Nerus sebelum ini Alias turut dilihat agak keberatan untuk bergambar bersama calon lain selain segera beredar dari tempat pencalonan dan tidak bermesra dengan calon lawan.

Selain Alias dan Suhaimi, kerusi Parlimen Kuala Nerus turut ditandingi penyandangnya Khairuddin Aman Razali dan Azaha Wahid dari Pejuang.

Post a Comment

0 Comments