Kerana Angkuh Retorik Idealogi... Demi Bangsa? Demi Agama? Demi Negara?



Negara dalam situasi semakin getir dan mungkin menjadi lebih getir kerana idealogi politik yang dianggap sebagai teras utama dalam membentuk acuan negara. 

Politikus bangsa mengatakan, mereka berjuang demi bangsa tetapi mereka gagal bergabung bersatu demi bangsa. Mereka hanya melaungkan retorik bangsa untuk dilihat kononnya hero terakhir. 

Politikus agamaz mengatakan, merekalah yang berjuang demi agama dan akan melaksanakan segala perintah agama. Tetapi mereka gagal bergabung bersatu atas dasar agama. Kekal melihat bangsa sebagai natijah untuk memperkotak katikkan bangsa demi agama atau agama demi bangsa.  

Sekiranya benar semua parti politik tidak hanya beretorik untuk berkuasa, mereka mampu mengubah idealogi demi membentuk suasana yang terbaik demi membangunkan negara dan menghadapi kemelesatan ekonomi dunia tahun 2023. 

Kerajaan perpaduan yang dicadangkan agong adalah yang terbaik untik menghadapi tahun 2023. Tidak salah menjilat ludahan idealogi untuk membangkitkan cairan idealogi yang leboh jitu padu.

Post a Comment

0 Comments