Mahathir Sapu Keliling, Semua Parti Tak Betul.. Hahahahaha 🤣🤣



Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan pelbagai kekurangan tiga gabungan utama yang bakal berentap dalam pilihan raya umum (PRU15), seraya menggalakkan pengundi melihat kepada Gerakan Tanah Air (GTA) sebagai alternatif terbaik.

Bekas perdana menteri itu yang juga pengerusi GTA berkata, rakan sejawatannya dalam Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, tidak mementingkan masa depan negara. Sebaliknya, katanya, Zahid yang berdepan tuduhan rasuah sekadar mahu menyelamatkan dirinya dan pemimpin BN lain.


“Zahid dan BN tidak mementingkan apa yang terj niadi kepada rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) juga serupa malah beliau menyelar DAP dan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ketika PH mengambil alih Putrajaya, DAP menjadi angkuh dan mahu menamatkan kontrak bermanfaat dengan syarikat terkemuka, dalam tindakan yang mampu mengakibatkan “ribuan orang” hilang pekerjaan.

Beliau turut mendakwa Anwar gagal menguruskan kewangan negara ketika krisis kewangan 1997.

“Memilih PH sebagai kerajaan akan mengakibatkan negara bankrap.”

Mahathir menyifatkan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan pintu belakang diketuai Muhyiddin Yassin, yang “tidak cekap dan tidak mampu menangani masalah ekonomi, politik serta sosial” akibat pandemik Covid-19.

Sebaliknya, beliau berkata, GTA menyasarkan untuk menyingkirkan “Melayu Umno korup” daripada terus memusnahkan negara.

Mahathir berkata, rakyat Malaysia terpaksa bersabar dengan pentadbiran yang tidak cekap.

“Kita mungkin bukan Sri Lanka, Lubnan atau Iraq. Tetapi kita sudah menuju ke arah itu.”

Menurutnya, keadaan pasti lebih buruk sekiranya pengundi tetap memilih orang sama yang mengakibatkan negara menderita.

“Tetapi jika pengundi memilih dengan bijaksana, kemungkinan besar negara tercinta mampu diperbaiki, seterusnya kesejahteraan rakyat mampu dicapai,” katanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Kasihan TunM,
    Tapi kalau dia dapat jad Pm lagi maka bakal lunyailah team kluster.

    ReplyDelete