Noh Omar Sedih Diterajang... ... Sayuuu



Penyandang kerusi parlimen Tanjung Karang, Noh Omar meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat mempertahankan kerusi yang telah dimenangi selama enam penggal walaupun dia sendiri menyusun calon pilihan raya di Selangor.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata demikian dalam majlis Ceramah Perdana bersama calon Parlimen Gombak, Megat Zulkarnain Omardin di Gombak.

“Bila kita pilih calon bertanding, saya lihat Khairy Jamaluddin, Megat Zulkarnain dan ramai lagi mampu merampas semula Selangor.

“Tetapi bila saya susun kerusi calon, rupa-rupanya kerusi saya sendiri ‘dicuri’,” katanya.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Noh bagaimanapun akur dengan keputusan untuk mengetepikannya sebagai calon di Tanjung Karang.

“Tak apa, saya reda. Cuma saya sedih, diterajang begitu. Tetapi benda sudah berlaku, saya tidak lari daripada perjuangan. Tetap bersama BN,” 

Noh antara nama yang digugurkan daripada senarai calon bersama beberapa lagi menteri kabinet termasuk Annuar Musa dan Shahidan Kassim.

Tindakan mengejutkan itu dikaitkan dengan keretakan dalam Umno, antara presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Sementara, Ismail Sabri Yaakob.

Noh digantikan dengan Ketua Wanita Umno Tanjung Karang, Habibah Mohd Yusof.

Bagaimanapun, sumber dari dalam Umno berkata Habibah berdepan tugas berat kerana tidak mendapat sokongan padu cawangan Umno yang tidak berpuas hati dengan keputusan mengetepikan Noh.

Noh dikesan berkempen untuk beberapa orang calon BN di Selangor tetapi dia dilihat jarang membantu kempen Habibah di Tanjung Karang.

Pada 8 November lalu, Noh menjelaskan bahawa Tanjung Karang adalah 'kawasan putih', dengan membayangkan kemungkinan besar BN akan menang di kawasan itu.

Bagaimanapun, Noh hari ini berkata, pengundi terutamanya golongan muda lebih melihat prestasi calon berbanding parti.

“Pengundi sekarang tengok calon, bukan lagi parti. Mereka menilai, mengkaji khidmat yang ditawarkan. Kalau kita boleh menang di Gombak, percayalah Selangor kitamampu tawan semula,” jelasnya.

Malaysiakini

Post a Comment

2 Comments

  1. Dia siNohomar diterajang sebab tolong siKj dapatkan kerusi la aku agak lagipun dia pun memang dah hampir mau ditendang sebab dia team siMailsabri jadi yg kemudian tu kira faktor peletup jiwaraga konco kartel kluster kourt (mahkamah) la.
    geng KKKK yang rata² terdiri dari group jawa/banjar tu jgk naik berang pada Mic (parti geng moderat baka migrant dari tanah dinasti Kalingga) pun turut disinisterkan oleh KKKK malah berbaik pula dengan bos pelampau baka migrant kalingga berstatus terroris kluster hindraf.

    Oh ya seperkara yg umat Islam kena ingat iaitu pesan Nabi (saaaw) iaitu "dilarang memilih sesiapa yg mengejar jawatan.."
    Jadi oleh yg demikian umat islam hendaklah menolak perjuangan menegakkan anwaribrahim sebagai Pm yg diperjuangkannya sejak sekian lama, begitu juga dengan perjuangan siWakjaet menegakkan dirinya menjadi Pm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka pilihlah mat sembab. Kalau tak kerana nak dihadap ke mahkamah rakyat tak tahu nama sebenarnya.
      Mat gagal aka mat perutusan.
      Rakan setia mat semburit.

      Delete