PN Mula Pening - Bersatu Taknak BN, PAS Mahu BN ... Hahahaha

Sekarang ni BN & PN duk berkelahi, ismail kata kerajaan muhyiddin masalah, muhyiddin kata kerajaan ismail bermasalah. Bersatu & Umno dah ibarat cerai talak 3, nak bergabung bersatu tu dah macam payah. 

Tapi berbeza pula cerita PAS. Kan senang kalau korang gabung jer masa PRU15 ni. PNBN vs PH.. Rakyat pun senang nak undi. 

Dah mengorat, dah jalin cinta.. Tapi malu nak luah perasaan. Korang dah kenapa?

Kenyataan Presiden Bersatu : 
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini menyanggah kenyataan dibuat salah seorang pemimpin kanan parti komponen itu berhubung isu bekerjasama dengan BN. Menurut Muhyiddin dia tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, untuk bertindak sedemikian.

"Tujuan PN bertanding dalam PRU ke-15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH). Saya sebagai Pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU ke-15," 

Kenyataan Takiyuddin - Setiusaha PAS
PAS tidak menolak kemungkinan Perikatan Nasional (PN) akan membentuk kerajaan dengan BN sekiranya mereka gagal membentuk kerajaan secara bersendirian dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini. Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata PN tidak akan sesekali membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menguasai Putrajaya.

“Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain termasuk BN. Apa yang pasti kita tidak menerima PH walaupun perlu gabungan," katanya ketika ditemui selepas ceramah di Ketereh, Kota Bharu, malam tadi.

Takiyuddin berkata, perkara itu pernah disuarakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Pengerusi PN.

“Presiden PAS ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas PRU-15 kita boleh wujudkan hubungan itu," katanya lagi.




Post a Comment

0 Comments