Wan Saiful - UMNO Parti Tidak Stabil, Menanti Pergolakan Selepas PRU15



UMNO dijangka bergolak selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ketika pemilihan parti di samping wujud percaturan oleh pemimpin tertentu untuk menjatuhkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden parti.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, keadaan itu menunjukkan UMNO sebagai sebuah parti yang gagal membawa kestabilan kepada negara sekali gus boleh menyebabkan para pelabur domestik dan asing berfikir dua kali untuk melabur di Malaysia. 

“UMNO parti yang tidak stabil. Tak mungkin UMNO boleh bawa kestabilan kepada negara kerana mereka sendiri parti tak stabil.
Perebutan kuasa dalam UMNO terserlah apabila Ismail Sabri dan Khairy Jamaludin saling menyokong satu sama lain, seolah-olah sedang bersedia untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Ismail kecewa kerana rakan-rakannya ramai tidak dinamakan oleh Zahid sebagai calon PRU15. Manakala Khairy kecewa kerana Zahid memberikannya kerusi yang tidak selamat.
Kini mereka berganding memulakan perebutan kuasa dalam UMNO secara terbuka.
Dengan pengisytiharan gandingan mereka, saya jangka UMNO akan bergolak hebat selepas PRU15 kerana mereka akan terpaksa mengadakan pemilihan parti dalam masa enam bulan selepas PRU15.
Parti yang tidak stabil tidak akan dapat membawa kestabilan kepada negara. 
Pelabur domestik dan pelabur asing akan berfikir dua kali untuk melabur di Malaysia. UMNO tidak akan ada masa untuk membangunkan ekonomi atau mencipta peluang pekerjaan untuk anak muda. 
Pemimpin UMNO akan sibuk berebut jawatan, harta dan kuasa. Mereka tidak akan ada masa untuk menjaga rakyat.
Itulah UMNO. Parti yang tidak stabil, dan tidak akan dapat bawa kestabilan yang diingini oleh rakyat Malaysia.
Satu-satunya gabungan yang prihatin rakyat, bersih dan stabil ialah Perikatan Nasional.
Mereka yang muak dengan percaturan berpanjangan oleh orang atasan UMNO wajar memberi peluang kepada Perikatan Nasional kali ini.

Post a Comment

0 Comments