PN Perak Keliru Identiti .... Antara Keutamaan Parti Atau Keutamaan Rakyat..



Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Raja, Wan Dzahanurin Ahmad berkata keputusan pengabungan kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) di Perak telah membelakangi suara akar umbi yang diputuskan ketika Perhimpunan Agung UMNO lalu, iaitu 'No Anwar, No DAP'.

"Belum reda kemelut pemilihan Perdana Menteri ke-10 setelah selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), rakyat dikejutkan dengan keputusan BN bekerjasama dengan PH dan DAP untuk membentuk kerajaan negeri di Perak.

"Walaupun Perikatan Nasional (PN) adalah mendapat 26 kerusi terbanyak, berbanding BN (24) dan PH-DAP (9), keputusan pengabungan kerjasama BN-PH (DAP) itu ternyata membelakangi suara akar umbi," 

Tambahnya, tindakan itu juga mengesahkan cakap-cakap sebelum pilihan raya bahawa pemimpin UMNO sedang mengusahakan suatu bentuk jajaran baharu dengan PH-DAP.


Post a Comment

0 Comments