Politik KUNO Jentera PAS Marang & Batu 6 Terengganu.. Otak Obsolete


Sekiranya benar tohmahan yang dibuat terhadap 2 kawasan taklukan yang kononya semua sokong PAS. Itu adalah satu tindakan yang memalukan dan obsolete. Dalam kita berhujah kononnya kitalah ibarat ahli syurga tetapi dalam masa yang sama kita tidak mampu berdemokrasi secara aman dalam tempoh pilihanraya. 

DAP menyatakan PAS taliban, penyokong PAS mula melenting dan menuduh DAP adalah anti islam. Tetapi sekiranya perkara ini berlaku walhal calon yang bertanding melawan PAS juga adalah calon melayu islam. Apakah ia tidak bersalah? 

Apakah pemimpin PAS menganggap ia sebagai kebanggaan dengan menghalang bendera parti lain dipasang? Hakikatnya ia menunjukkan satu saraf otak yang ketandusan untuk berlawan secara demokrasi. Marah dituduh taliban? Tetapi..... hmmmmmm 


 Parti lain dilarang pacak bendera - Malaysiadateline 

Marang dan Batu 6 iaitu dua kawasan ibarat ‘tanah haram’ di Terengganu apabila kawasan itu dilarang untuk dipacak bendera parti lain.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata terdapat dua kawasan di Terengganu di mana bendera politik lain tidak dibenarkan dipasang iaitu Marang dan Batu 6.

“Hanya ada dua “tanah haram” – (Tanah Haram), Makkah dan Madinah.

“Di Terengganu, ada dua “tanah larangan” – Marang juga mereka tidak boleh (pasang bendera politik lain) dan Batu 6,” katanya dipetik The Star.

Beliau berkata demikian susulan sekumpulan orang yang gaduh menghalang lapan petugas pilihan raya Pakatan Harapan, termasuk seorang calon yang bertanding, apabila mereka cuba memasang bendera parti mereka di bulatan Batu 6.

“Terima kasih dan tahniah kepada anak-anak muda di sini kerana mempertahankan dan memastikan hanya bendera PAS sahaja yang dapat bertahan di Batu 6,” katanya pada sesi petang yang diadakan di hadapan Pasar Batu 6, di sini.

Sumber memberitahu The Star bahawa Pakatan telah cuba memasang bendera di kawasan itu – kubu kuat PAS – sejak Isnin (14 Nov), tetapi mereka dihalang daripada berbuat demikian.

Difahamkan calon Pakatan Kuala Nerus Datuk Suhaimi Hashim turut menjadi sebahagian daripada konvoi yang terpaksa berpatah balik malam tadi selepas gagal memasang bendera mereka.

Post a Comment

3 Comments

  1. Hehehe... buka isu pun tu sengaja PH dan BN nak cari pasal cuba nak menyelit ditengah² rimbunan bendera pas di bulatan dihadapan kiosk besar PN diBatu-6 dan diRusila, tempat² lain berlambak lagi tak ada pun dipacak bendera Bn & Ph, malah tak ada pun bn & ph pergi pacak bendera mereka kalau ditempat tak ada bendera pas/pn.
    markas kerja pilihanraya pun kalau bn cuma tiga/empat cawangan ada satu manakala ph dalam satu dun ada dlm satu atau dua sahaja.
    kira saja menyibuk jer la tempat orang dah pacak sengaja nak cari pasal le tew.
    contoh sepanjang jln batu-6 cuma 30% jer yg pn/pas pasang bendera manakala 70% lagi kosong sbb pn/pas tak cukup bendera walaupun jurupasangnya ramai... tak ada pula bn & ph pergi pasang disitu, tapi bila jer pn/ada supply baru bendera dan pergi pasang dikawasan kosong tadi maka menyibukla bn & ph datang nak pasang,
    dan bahkan bila pb/pas pergi pasang atas batu timbul dalam sungai pun eh tetiba menyibuk bn & ph datang menengek pada tiang tonggak pn/pas untuk pasang bendera... marah ler bebudak tu.
    Di Terengganu cuma ada 40% jer bendera bn & ph yang nampak dipasang, 59% adalah dari pn/pas, 1% adalah lain2.

    (copy & paste)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaon PAS memang bodoh. Sebab tu senang kena kencing dengan Arul Kanda 1MDB haha

      Delete
    2. komen yang bodoh...dah sah pas tu memang mcm taliban.

      Delete