Isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Sabariah Tuan Ishak mendedahkan beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya bertanding dalam pilihan raya melainkan atas tiket PAS.
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada anaknya, Nik Omar yang bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook PAS pusat, Tuan Sabariah berkata:
“Saya tidak pernah merestui mana-mana anak saya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket PAS.“Almarhum Tuan Guru dan saya sudah mendidik anak-anak sejak kecil supaya kekal Istiqamah dengan perjuangan Islam bersama PAS,”
Nik Omar anak kedua bekas mursyidul am PAS berhadapan saingan empat penjuru yang melibatkan :
- Barisan Nasional (BN) Khairul Azwan Harun,
- Jamaludin Yahya (Perikatan Nasional)
- Zairol Hizam Zakaria (Pejuang).
0 Comments