Relaks Cuepacs, PM Pun Tak Masuk Office Lagi...



Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Anwar Ibrahim berbincang dengan ketua setiausaha negara (KSN) dan ketua setiausaha kementerian (KSU) yang ada ketika ini sebelum mengecilkan saiz Jemaah Menteri.

Presiden Adnan Mat berkata pemerintah harus berbincang dengan pihak berkenaan bagi memastikan dasar yang baik dan bermanfaat kepada rakyat “tidak dibuang begitu sahaja hanya disebabkan mahu mengurangkan saiz Jemaah Menteri semata-mata.”

“Cuepacs juga tidak mahu keputusan terburu-buru mengganggu akan memberi kesan kepada dasar-dasar semasa yang sedang dilaksanakan penjawat awam terganggu. Sudah tentu ia memberi kesan kepada pencapaian atau sesetengah dasar itu akan tergantung tidak dapat mencapai hasil yang diingini,” katanya dalam kenyataan.

Adnan mengambil maklum ahli-ahli politik ketika berkempen pada PRU lalu berjanji mengecilkan saiz Jemaah Menteri atau jumlah menteri sekiranya diberi mandat.

Beliau berkata perbincangan dengan KSN dan para KSU perlu bagi mengelakkan keputusan yang memberi keasn tidak baik kepada jentera pentadbiran kerajaan.

“Hal ini sudah pasti memberi kesan kepada sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat yang pada akhirnya mencemarkan nama baik penjawat awam selaku kumpulan pelaksana,” tambahnya.

Post a Comment

0 Comments