2023, Tiada Lagi Pelajar Berpakaian Lusuh - RM 150 Untuk Semua Pelajar



Tahniah dan terima kasih kepada, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 mulai tahun depan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Ini membuktikan beliau peka dengan keadaan ekonomi rakyat apabila dinaikkan kepada RM150 mulai Januari ini kepada semua pelajar tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, peruntukan BAP itu dikreditkan ke akaun sekolah dan akan diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid.

Kementerian Pendidikan menerusi ciapan di Twitter menyatakan, sekolah diminta mengagihkan wang itu kepada murid sebaik sahaja menerima peruntukan tersebut. Malah, tiada sebarang borang atau dokumen perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerima BAP.

Dengan mengambil kira faktor cuaca dan harga barang keperluan harian yang semakin meningkat, sudah tentu bantuan persekolahan tersebut menggembirakan ibu bapa untuk menyiapkan persekolahan anak-anak.

Semoga ibu bapa dapat menggunakan bantuan persekolahan tersebut dengan sewajarnya. Berikanlah keutamaan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak seperti mana dihasratkan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, mungkin ada dalam ibu bapa berpendapatan tinggi dan berkemampuan dari segi kewangan turut menerima bantuan tersebut. Jadi, mengapa tidak mereka menyumbangkan wang bantuan tersebut kepada tabung persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah?

Secara tidak langsung, kewangan PIBG semakin kukuh untuk menjalankan program bagi membantu pihak sekolah.

-UTUSAN

Post a Comment

1 Comments

  1. Bila Tun Nak kuar IJN

    IJN dah Jadi kubu Tun

    Lepas Tun kuar IJN

    Hantar Tun berihat di Pulau Batu Putih. Boboi peneman Tun di Pulau Batu Putih.

    Boboi dan Marina boleh apply kerakyatan di Pulau Batu Putih

    Boboi layak dilantik wakil Rakyat Pulau Batu Putih dan sebagai duta Singapura dibawah kerajaan Anak LeeKwanYew di Pulau Batu Putih

    Kalau negara lain orang asing rampas Pulau mereka istihar perang

    Tun bagi percuma sambil gentle telo labuh nya pada anak Lee Kwan Yew dolu... Puiiii


    Kah kah kah

    ReplyDelete