Acheh - Peristiwa 26 Disember 2004 Yang Perlu Kita Insafi...




Hari ini 18 tahun yang lalu, tsunami dahsyat membadai Aceh, Indonesia.

Pada 7.59 pagi itu, gempa bermagnitud 9.3 berlaku di dasar Lautan Hindi, 160 batu dari barat pulau Sumatera, yang berlanjutan selama 10 minit. Ia menghasilkan tsunami yang tenaganya dianggar 2x ganda seluruh bom yang diledakkan ketika Perang Dunia II.

Tidak sampai 20 minit, gelombang tsunami itu sampai ke pantai pulau Sumatera & memusnahkan wilayah utara pulau itu, Aceh. Ombaknya tinggi mencecah 80 hingga 100 kaki, melenyapkan seluruh komuniti di situ dalam masa beberapa minit.

Arus deras yang membawa bersama objek & serpihan meragut sekitar 130,000 hingga 160,000 nyawa daripada keseluruhan 320,000 populasi Aceh, dengan lebih 500,000 hilang tempat tinggal. 1/3 daripada mangsanya adalah kanak-kanak.

Ketika Aceh sedang musnah, gelombang tsunami berkelajuan 800 km/j itu tiba di Thailand sejam setengah selepas detik bermula gempa, membadai wilayah Phang Nga & Phuket. Ia mengorbankan hampir 5,400 nyawa termasuk 2,000 pelancong luar.

Malaysia tidak terkecuali apabila ombak besar turut menyapu negeri pantai barat & meragut 67 nyawa. Negeri yang paling teruk terkesan adalah Pulau Pinang dengan 52 kematian, diikuti Kedah dengan 12 korban, 2 di Perak & 1 di Selangor.

Tsunami tersebar ke serata Laut Hindi & turut membadai Sri Lanka, 90 minit selepas gempa. Tidak sekuat di Aceh atau Thailand, tetapi sekitar 30,000 nyawa juga terkorban sebelum sampai ke Chennai, India di mana lebih 10,000 penduduk terbunuh.

Malah, tsunami itu merentas sejauh 5,000 batu & sampai ke pantai timur Afrika - 10 maut di Tanzania, 3 di Seychelles & 1 di Kenya. Malah 2 orang turut terkorban di Afrika Selatan, tempat terjauh dari titik gempa yang menerima kesannya.

Secara keseluruhan, dianggarkan hampir 228,000 nyawa melayang - sekitar 190,000 disahkan terkorban dengan 40,000-45,000 hilang/dipercayai maut. Ia antara bencana alam paling membunuh dalam sejarah yang direkodkan.

Sumber: History, Britannica

Post a Comment

0 Comments