MACRON HUBUNGI PRESIDEN IRAN DALAM SITUASI TEGANG, RISIKO PERANG RANTAU SEMAKIN BESAR


Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa Presiden Iran, Massoud Pezeshkian supaya menghentikan segera serangan yang dikaitkan dengan Iran di Timur Tengah.

Menurut Macron, tindakan Iran sama ada secara langsung atau melalui kumpulan proksi di Lebanon dan Iraq berisiko mencetuskan konflik lebih besar yang boleh menjerumuskan seluruh rantau ke dalam kekacauan.

Beliau menegaskan bahawa Perancis bertindak dalam kerangka pertahanan semata-mata bagi melindungi kepentingan negara, rakan sekutu serta keselamatan laluan perdagangan antarabangsa.

Macron turut menekankan bahawa hanya rangka kerja keselamatan baharu dapat menjamin kestabilan jangka panjang di rantau tersebut. Kerangka itu mesti memastikan Iran tidak memiliki senjata nuklear, selain menangani program peluru berpandu balistik serta aktiviti yang dianggap menggugat kestabilan serantau.

Selain itu, Perancis juga menuntut kebebasan pelayaran di Strait of Hormuz dipulihkan segera kerana laluan tersebut merupakan nadi penting perdagangan minyak dunia.

Dalam perbualan itu, Macron turut menggesa Iran membebaskan dua rakyat Perancis yang ditahan, Cécile Kohler dan Jacques Paris, supaya dapat pulang ke Perancis secepat mungkin.

Kenyataan ini hadir ketika ketegangan geopolitik di Timur Tengah terus memuncak, dengan tekanan Barat terhadap Iran semakin meningkat.

Sumber : X Macron



Post a Comment

0 Comments