Pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mempertikai kenyataan Rafizi Ramli berhubung isu penawaran dan permintaan barangan akan ‘terduduk’ dalam sebulan lagi setelah langkah itu difahami seluruh rakyat dengan rasional.
Menurut Menteri Ekonomi itu, usaha untuk menyuntik keanjalan dalam permintaan diperlukan sebagai satu mekanisme kawalan harga. Menurut beliau, perkara itu secara tidak langsung dapat mengembalikan kuasa pengguna.
“Kerajaan banyak data harga yang boleh digunakan rakyat. Kita mula dengan yang ini.“Jangan takut dengan pandangan umum. Insya-Allah rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut serta.“Dalam sebulan lagi, geng-geng PN yang pertikai semua akan terduduk. Sama macam mereka terduduk soal-soal lain yang asalnya kontroversial tapi bila hujahnya dibentang satu persatu, rakyat yang cerdik faham,” katanya dalam akaun Twitter beliau.
Jgn takut dgn pandangan umum.
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 25, 2022
Insya Allah rakyat yg rasional akan mula memahami & ikut serta.
Dlm sebulan lg, geng2 PN yg pertikai semua akan terduduk.
Sama mcm mereka terduduk soal2 lain yg asalnya kontroversial tp bila hujahnya dibentang satu persatu, rakyat yg cerdik faham.
Sebelum ini, kenyataan Menteri Ekonomi bahawa pengguna perlu berperanan untuk menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini mencetuskan kritikan pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi.
Kata Rafizi, seandainya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.
2 Comments
Formula tersebut sudah lama dipakai.
ReplyDeleteTapi kalau seluruh tempat dan lokasi harga memang naik tapi kerajaan masih dengan mimpi lama(ketika jadi pembangang) tak akan selesai masalah.
Buktikanlah kehebatan formula anda dan bukannya spin tergantung.
Jika tidak anda lebih layak digelar pelawak dlm kerajaan berpadu.
Setakat ini nampaknya macam yb anthony loke yg betul2 bekerja. Yang lain 2x5 mcm menteri kereta terbang.
ReplyDelete