Ticker

6/recent/ticker-posts

Move On - Itu Perkara Terbaik Buat Muhyiddin Daripada Memainkan Sentimen Istana.


 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja sebagai bahan politik murahan dan sendaan umum.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu akur titah Yang di-Pertuan Agong yang melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan untuk membentuk kerajaan.

Katanya, Muhyiddin tidak perlu mengaitkan perkara itu dengan memetik ‘bumbung hijau’ atau ‘bumbung kuning’.

“Saya menyaksikan video ceramah disampaikan Tan Sri Mahiaddin Yassin. Saya pun pelik kenapa beliau perlu mengaitkan dengan ‘bumbung hijau’ atau ‘bumbung kuning’.

“Diharap Tan Sri Mahiaddin dah boleh move on dan tidak menjaja isu ini dan menjadikannya sebagai modal politik murahan untuk menghasut serta menanam persepsi negatif kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Hairi mendesak supaya Muhyiddin tidak terus-menerus berpolitik dengan menghasut dan menanam persepsi negatif kepada rakyat.

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu rakaman tular ketika berceramah mendakwa beliau telah mempunyai sokongan daripada seramai 115 ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri dan menubuhkan kerajaan Persekutuan.

“Bukan bumbung hijau ke, bumbung kuning ke, faham. Kena kias sikit. Kalau saya sudah ada 115 sokongan ahli Parlimen, tidak mungkin ada orang lain (dapat sokongan majoriti). PRU (Pilihan Raya Umum) penentunya siapa, kamu (rakyat), bukan pihak lain,” katanya. 

– UTUSAN

Post a Comment

0 Comments