PN Terima Duit Judi, Anwar Berdepan Saman PN Sekiranya Tidak Benar..



PN sedang menunggu Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan bukti untuk menunjukkan gabungan itu menerima dana pilihan raya daripada syarikat perjudian.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata Anwar membuat tuduhan tidak berasas dan liar semalam.

"PAS menuntut perdana menteri memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut, jika ada.

"Sekiranya gagal PN akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Semalam Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas dan Kementerian Kewangan juga mendapati "pelanggaran" dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

"Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

"Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi," katanya.

Menurut Takiyuddin PAS amat kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan Anwar itu.

-Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments