Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy, mempersoalkan pelantikan Ramesh Rao oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk menangani masalah masyarakat India.
Beliau berkata masalah masyarakat India sepatutnya tanggungjawab Anwar Ibrahim, dan mempersoalkan kenapa perdana menteri mengizinkan pelantikan Rao.
Katanya, Rao tiada pengalaman menangani masalah masyarakat India.
“Masyarakat India perlukan pemimpin yang berani dan jujur serta memahami masalah mereka, dan tentu sekali bukan pemimpin yang tiada rekod membantu komuniti itu,” katanya dalam kenyataan.
Rao semalam dilantik menjadi pegawai khas Zahid yang bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan masyarakat India. Beliau seorang pemimpin NGO dan penyokong Barisan Nasional.
Ramasamy berkata Anwar yang sepatutnya memimpin usaha menangani masalah masyarakat India.
Katanya, masyarakat India menderita selama lebih 60 tahun bawah pentadbiran BN, dan ini memerlukan kerajaan perpaduan mengetengahkan penyelesaian yang sistematik.
“Zahid mesti ambil serius masyarakat India jika mahu ubah nasib komuniti itu yang telah banyak berkorban untuk pembangunan negara.
0 Comments