Alam sekitar terjaga, rakyat gumbira. Alam sekitar jahanam, rakyat pening. Ini statistik alam sekitar untuk tahun 2022 yang dikeluarkan oleh DOSM malaysia. Sarawak, sabah & pahan kekal mendahului sebagai negeri yang paling luas. Sepatutnya, pentadbiran negara terletak di negeri yang luas kan. Barulah masalah jalan sesak dapat diatasi.
Kepadatan penduduk yang paling tinggi dalam malaysia, selangor. Maybe ramai yang berhijrah untuk bekerja diselangor. Selangor juga merupakan negeri yang paling banyak kilang di malaysia.
Ini paling pelik.. Kelantan & Terengganu gagal mendapat tempat 3 teratas sebagai negeri pengeluar ikan terbanyak. Dimana silapnya pentadbiran kerajaan negeri kelantan dan terengganu. Atau memang laut sebelah sana kurang ikan. Sebaliknya, perak menjadi negeri utama pengeluaran tertinggi ikan, mengatasi sabah & selangor. Mungkin pengurusan perikanan di perak lebih teratur atau memang perairan disana mempunyai banyak hasil laut.
Kelantan, pentadbiran islam... hmmm.. ada juga ranking.. tapi korang tengok dan baca sendiri jela.... Ini daripada wikipedia pasal malaria dan kesan kepada sosial-ekonomi :
Malaria bukan hanya penyakit yang biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi ia juga merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi. Penyakit ini telah dikaitkan dengan kesan ekonomi negetif utama pada region di mana ia tersebar luas. Perbandingan purata per kapital GDP pada 1995, disesuaikan bagi memberi seimbang kepada kuasa membeli, antara negara malaria dan tidak malaria menunjukkan perbezaan lima kali ganda (US$1,526 berbanding US$8,268). Lebih lagi, di negara di mana malaria adalah biasa, purata per kapital GDP telah meningkat (antara 1965 dan 1990) hanya 0.4% setahun, berbanding 2.4% setahun di negara lain.
Sumber : Twitter DOSM
0 Comments