Pakatan Harapan (PH) masih berperanan sebagai pembangkang di Johor berikutan tiada lagi perbincangan berhubung bentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di negeri itu setakat ini.
Pengerusi PH Johor Salahuddin Ayub, bagaimanapun berkata, hubungan antara kedua-dua parti itu sangat baik atas semangat perpaduan.
“Setakat ini, ketika saya meninggalkan DUN semasa Menteri Besar (Onn Hafiz Ghazi) membuat penggulungan Belanjawan 2023 pada Persidangan DUN Johor (Disember tahun lepas), kami masih duduk di barisan pembangkang.“Belum ada apa-apa keputusan di Johor, tetapi antara kami semua faham bahawa semangat perpaduan kerajaan sangat mendasari“Hubungan juga sangat baik, cuma kita tidak dapat tentukan lagi bentuk kerjasama pada masa akan datang,”
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hubungan dan bentuk kerjasama PH dan BN di Johor.
Pada PRN Johor pada Mac tahun lepas, BN meraih kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
PH memenangi 11 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (tiga), selain PKR dan Muda masing-masing satu kerusi.
0 Comments