Ticker

6/recent/ticker-posts

Rakyat Malaysia Berbelanjan 31% Daripada Gaji Minimum Untuk Sebakul Makanan Asas!



Rakyat Malaysia yang memperoleh gaji minimum membelanjakan RM405.46 sebulan untuk membeli sebakul barangan makanan asas, menurut laporan oleh perkhidmatan beli-belah Picodi.

Laporan itu mendapati pekerja Malaysia dengan gaji minimum membawa pulang purata RM1,323 sebulan, meningkat daripada RM1,052 yang dicatatkan pada Januari tahun lepas. Ini bermakna sebakul barangan makanan asas bernilai 30.6% daripada gaji minimum.

Barangan makanan asas tersebut termamasuk :
  • Susu (RM69.90 untuk 10 liter), 
  • Roti (RM35.10 untuk 10 buku), 
  • Beras (RM7.76 untuk 1.5kg), 
  • Telur (RM10.75 untuk 20 telur), 
  • Keju (RM47.88 untuk 1kg), 
  • Ayam itik dan daging lembu (RM151.20 untuk 6kg), 
  • Buah-buahan (RM51.20 untuk 6kg) dan 
  • Sayur-sayuran (RM31.67 untuk 8kg).

Sebagai perbandingan, sebakul barangan makanan asas berharga RM371.55 pada Januari tahun lalu.

Picodi memperoleh harga barangan makanan asas tersebut daripada numbeo.com , laman sesawang bagi pengguna di seluruh dunia memantau harga makanan, barangan dan perkhidmatan.

Ia menganalisis 67 negara yang mana gaji minimumnya ditetapkan oleh kerajaan.

Daripada 67 negara, Malaysia menduduki tempat kelima, dengan kenaikan gaji minimum sebanyak 25.8% antara Januari 2022 dan Januari tahun ini.

Laporan itu mendapati gaji minimum di Malaysia meningkat lebih cepat daripada harga barangan sepanjang tahun lepas.

Untuk analisisnya, Picodi membandingkan gaji minimum bulanan untuk kerja sepenuh masa pada Januari tahun ini dengan gaji pada Januari 2022. Kadar itu diambil daripada laman web rasmi kerajaan, kementerian dan jawatankuasa yang berkaitan.

Post a Comment

0 Comments