Ketika Menteri Agama sendiri yang diketuai PAS, kenapa menteri agama sendiri ketika itu tidak membawa usul dalam kabinet supaya judi dihapuskan atau dihadkan dengan lebih mengecil. Jangankan nak hapuskan Judi, RUU355 pun PAS tidak mampu bentangkan dan memberikan pelbagai alasan. Hentikan retorik, kini masa untuk bekerja. Pulihkan ekonomi dan sekiranya ada idea yang terbaik. Terjemahkan dalam tulis, dalam ucapan, dalam blueprint yang lebih formal.
Malaysiakini | Dewan Ulama PAS, Ketuanya Ahmad Yahaya berkata tidak cukup bagi kerajaan persekutuan sekadar menurunkan cabutan khas nombor ramalan daripada 22 kali kepada lapan kali setahun.
"Dewan Ulama PAS ingin menyeru kerajaan persekutuan supaya turut mempunyai tekad politik yang sama. Tidak wajar sekadar berbangga dengan penurunan cabutan undi tetapi premis judi masih dibiarkan membelenggu masyarakat di negara ini."Dewan Ulama PAS yakin dan percaya bahawa tidak ada dapatan yang menunjukkan aktiviti perjudian boleh membawa masyarakat keluar daripada kepompong kemiskinan. Ia hanya ilusi ibarat sebuah fatamorgana," katanya dalam kenyataan, hari ini.
0 Comments