Luahan Pekerja Kontrak LHDN Kepada PM10 ...



Seramai 958 bekas kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memohon campur tangan perdana menteri Anwar Ibrahim berhubung isu pemberhentian mereka.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor meminta Anwar yang juga menteri kewangan menyambung semula kontrak pekerja yang telah tamat pada 31 Dis tahun lepas.

Mereka ini adalah pekerja bawahan jadi kita mohon untuk kerjaan perpaduan melihat perkara ini, memperbaiki dan menilai semula isu pekerjaan kontrak kerana isu kerja kontrak ini merupakan isu yang lama.

Kamarul mendakwa LHDN telah mengambil lebih 700 pekerja baru sebagai kakitangan tetap berkuat kuasa 1 Jan.

Langkah mengambil kakitangan baru, bekas kakitangan kontrak yang pernah bekerja di LHDN antara dua hingga 16 tahun, boleh dinaikkan pangkat ke jawatan berbeza. LHDN boleh menyerap mereka ini sebagai pekerja tetap dan dinaikkan sebagai pegawai. Pekerja-pekerja baru diambil sebagai pegawai.

Kamarul menambah, mereka yang terkesan dengan pemberhentian itu sebelum ini berpendapatan kira-kira RM65 sehari atau bersamaan RM1600 sebulan, dan kebanyakan mereka adalah wanita.

Tambahnya, pekerja yang diberhentikan itu meliputi kakitangan pelbagai jabatan dalam LHDN, termasuk pembantu pegawai dan kerani.

Terdahulu lebih 100 bekas kakitangan LHDN dari seluruh negara berhimpun di Putrajaya hari ini untuk menyerahkan memorandum bagi merayu campur tangan Anwar.

Setiausaha politik perdana menteri, Shamsul Iskandar Md Akin, yang menerima memorandum berkenaan memberi jaminan perkara itu sedang diteliti kerajaan.

"Pagi tadi saya memaklumkan perkara ini kepada PM dan Insyallah sedang diteliti dan tentunya akan diberi satu penyelesaian. Segala pandangan dan suara kita kumpul dan akan buat keputusan," katanya.

Post a Comment

0 Comments