Patuhi Waktu Kerja? Menteri Sepatutnya Melihat Sektor Awam Terlebih Dahulu..

Tepati waktu kerja atau kerja ikut masa kerja, atau kerahan masa kerja tidak mengira waktu melalui saluran media sosial.

Menteri sepatutnya menilai dan melihat sektor awam terlebih dahulu sebelum menuding kepada sektor swasta. Apakah semua jabatan dalam kerajaan telah melaksanakan kerja mengikut masa atau terpaksa bekerja lebih masa untuk perkara diluar skop kerja.

Akta waktu kerja 45jam tetapi hakikatnya rakyat malaysia sudah terpaksa bekerja melebihi waktu kerja dan perlu menjawab soaljawab dan menyemak kerja dalam media sosial tanpa mengira masa. Sektor swasta ataupun sektor kerajaan, semua pekerja menghadapi situasi yang sama. 

Ketetapan waktu kerja mungkin sudah tidak relevan dan negara harus melangkah ke arah waktu kerja flexible dan bekerja daripada rumah. Ia bukan sahaja menjimatkan kos malah mampu mengawal inflasi keluarga itu sendiri. 

Waktu kerja lebih masa atau kurang masa kerja sudah tidak boleh dijadikan praktikal masa hadapan. 

Melainkan mereka yang bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan atau perhotelan. 




Post a Comment

1 Comments

  1. Bila ph-umdapigs mana biasa la... Sembang lebih

    ReplyDelete